Thursday, May 14, 2009

ANDA SEORANG IBU,GURU DAN WANITA....PERCAYALAH !! PERANANMU ADALAH SERUPA !!

Salam,

Mengingati ibu ku,selalu membuat ku terharu...rindu pada ibu yang telah jauh di mata...buat selama-lamanya.Jika dikenang tentang ibu...ku akan ingat segala-galanya.Mana mungkin ku lupa...senyumannya penuh malu,tutur katanya yang lembut,suka mendengar cerita-cerita dariku,walau apa saja yang diceritakan kepadanya...Ibuku sentiasa menjadi pendengar yang baik.

Namun kini....semuanya tiada lagi.Pada ketika ku menulis ini...airmataku deras mengalir,mengenangkan ibu yang belum puas ku menumpang kasih..Belum puas ku menabur bakti, kau telah pergi...Tiada lagi yang sudi mendengar luahan hatiku seperti selalu yang kau lakukan pada ku ...Ibuku.Kau pergi mengadap Ilahi pada Feb 2002 setahun selepas ayah tinggalkan ibu mengadap Tuhan Penciptanya....ketika pada saat aku memerlukan belaianmu..Kini telah 7 tahun...kau pergi.Hanya Doa yang mampu ku panjatkan setiap hari....mudah-mudahan Allah swt mengampuni Mu, Ibuku...

Ya Allah ! Tempatkanlah ibuku ditempat yang istimewa disisi Mu..Rahmatilah ibuku...Kasihilah ibuku sebagaimana ibuku mengasihiku sewaktu kecil ku dahulu..

Hari Ibu yang disambut seluruh dunia pada tanggal 10 Mei hanyalah simbolik disebalik ingatan seorang anak terhadap Ibu nya...tetapi aku yakin sebagai seorang anak yang baik sudah tentulah anak ini akan sentiasa membahagiakan ibunya...tak kira masa,waktu ,hari dan tempat.Samada masih ada didunia atau telah pergi meninggalkan kita.Mengenangkan penat lelah ibu yang seringkali melayan kerenah kita yang pelbagai membuatkan ku kagum pada Ibu...Ya...pada semua IBU yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang IBU yang SEJATI....

Aku juga seorang ibu... Ibu kepada 2 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki...walaupun tidak mempunyai ramai anak seperti sahabat ku yang lain,tetapi sebagai ibu...aku senang dan bahagia dengan mempunyai anak seperti anak-anak ku .Setiap seorangnya mempunyai perangai yang berbeza! Adakalanya membuatku gembira...adakalanya memeningkan kepala.Apa tidaknya..bila berkumpul ketiga-tiganya...memang riuh rendah jadinya.Kadangkala bergelak ketawa,tapi dimasa lainnya pula... ber'gocoh' hingga ada yang mengalirkan airmata!!

Kadangkala aku terfikir...ini baru tiga orang cahayamata ,bagaimana pula yang mempunyai 9 atau 10 orang anak-anaknya?...Hmm...dapat ku bayangkan betapa bahagianya jika semua anak-anak kita samada sedikit atau banyak bilangannya.... berakhlaq mulia dan patuh mendengar kata !! Tapi ,aku yakin...setiap keluarga itu unik dan mempunyai cerita dan kisah yang berbeza!.Hmmm...hanya yang mempunyai anak yang maklum tentangnya.

Namun,ada juga yang tak berpeluang mempunyai anak samada belum dikurniakan rezeki dari Nya atau tidak berpeluang bertemu jodohnya....namun bahagiakanlah diri anda...jika anda mempunyai anak buah atau anak saudara, anak didik di sekolah atau pun pelajar di universiti anda.Bagiku...walau apapun status anda...samada ibu,wanita dan pendidik...peranan mu adalah serupa....Mendidik dengan penuh rasa kasih,tanggungjawab,amanah dan menjadi telinga serta sudi mendengar masalah mereka....

Seorang ibu perlu menjadi kawan kepada anaknya...barulah anak-anak rasa selesa dan sudi berkongsi cerita....cubalah praktikkan cara ini, sudah pasti anda tidak akan kecewa.Anda akan dapat rasakan anak-anak kita akan ceritakan segala -galanya tanpa di paksa !!

Ya ...wanita juga! jika anda seorang isteri...mendengar luahan hati suami setelah penat bekerja sudah pasti melegakannya.Terasa seperti beban yang ditanggung seharian terlerai dan berterbangan bak rama-rama .... mampu melegakan perasaan,mendamaikan dan mampu tersenyum pula!

Oh ya,lupa pula....aku sempat menulis dan meyumbang satu artikel dalam sebuah buku yang diterbitkan oleh wanita JIM ....'Ibu...Madrasah Pertamaku"...menceritakan tentang isihatiku...apa yang ku pelajari dari didikan ibuku...cubalah dapatkan buku itu...

Kini..penulisan yang kedua bertajuk "Semurni Kasih Ayah" juga telah aku siapkan...hanya perlu sedikit sentuhan dan suntingan...sebelum aku serahkan pada sahabat baik ku,PM Dr Umi Kalthum Ngah atau lebih senang ku panggil Kak Umi......untuk projek penulisan seterusnya.
Dengan izin Allah swt...insyaAllah,buku ini akan menemui kita semua ....mungkin penghujung tahun ini! Doakan saja.....

Anita/Umi Nita......

Wednesday, May 6, 2009

MAKE OVER...UNTUK JADI KHALIFAH ALLAH !!.

Salam,

Pengalaman berpindah rumah sebanyak 3 kali membuatkan ku rasa sedikit serik untuk berpindah sekali lagi apatah lagi menguruskan segala yang berkaitan dengannya.Dengan jadual aktivitiku yang agak padat dalam NGO JIM sebagai KW Negeri sememangnya mengambil masaku yang agak banyak.Aku benar-benar tidak sempat untuk berbuat apa-apa....

Jadual aktiviti yang padat termasuk mesyuarat-mesyuarat yang aku hadiri saban minggu membuatkan ku tidak sempat membuat persediaan untuk berpindah.Alhamdulillah,suamiku memahami tentang kesibukanku malahan suamiku juga sangat sibuk dengan urusan kerjanya yang tidak pernah selesai.Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada sahaja kerja-kerja yang memerlukan suamiku masuk ke tempat kerjanya.Melihat kepada kesibukan masing-masing,akhirnya kami memutuskan untuk mendapatkan khidmat bantuan syarikat SIE Logistik Company, syarikat yang menguruskan pembungkusan barangan termasuk rumah .....untuk kami berpindah kali ini. Keputusan yang dibuat ini benar-benar membantu! Urusan bungkus membungkus yang sepatutnya memakan masa sebulan...dapat diselesaikan dalam masa 1 hari....What's Amazing!! Aku benar-benar lega....semuanya dengan bantuan dan izin dari Allah swt.Bagiku,bantuan yang aku perolehi ini sangat memudahkan urusan ku dan sangat-sangat ku syukuri.Alhamduillah!!


Perpindahan ku telah diketahui oleh akhawat di N9.Kedatangan ku di nanti.Kunjungan KW N9,Ukhti Minah Ahmad dan kaunselor SMTTJ,Pn Anna Diana ,ke rumahku sebaik saja aku berpindah membuatkan ku rasa ...Aku Bersyukur Ya Allah !Aku mempunyai sahabat di sini..! Bila berpindah...perkara penting yang memberi kekuatan kepada ku ialah mempunyai sahabat...kerana sahabat ini lah yang akan menggantikan saudara-maraku yang jauh ......Adakalanya peranan sahabat jauh lebih baik dari saudara sendiri.

Sememangnya aku mengenali KW N9 sebelum ini tetapi belum mengenalinya secara rapat.

Dalam perbualan kami,aku menyatakan hasrat untuk menubuhkan JIM Daerah di Port Dickson suatu hari nanti dan impian ku itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana untuk menubuhkan JIM daerah memerlukan keahlian yang ramai dan mencukupi...Ia juga memerlukan masa yang panjang,keazaman dan kehendak yang tinggi untuk mendapatkannya

Ukhti Minah memberitahuku bahawa ada beberapa orang staff Shell di Port Dickson dan seorang ahli JIM yang tinggal di kawasan perumahan yang sama dengan ku,yang membolehkanku memulakan Usrah ku bila-bila masa saja...

Memandangkan aku baru berpindah,aku mohon supaya diberikan sedikit masa sebelum membawa Usrah ,untuk aku menguruskan rumah yang bersepah dan dipenuhi kotak-kotak yang jika dipandang, tak ubah seperti "Tongkang Pecah" di tengah lautan.....memang menakutkan dan memeningkan kepala siapa saja yang melihatnya!

Alhamdulillah,dalam tempoh sebulan selepas berpindah,kotak-kotak yang memenuhi ruangan rumah telah dibuka ,isinya telah disusun dan yang mana belum ada keperluan untuk menggunakannya ,disimpan didalam stor-stor.Dengan bantuan 2 orang pembantu rumah yang datang setiap hujung minggu,memudahlan lagi kerja-kerja unpack ini.....

Kini aku sudah boleh meneruskan urusan membawa Usrah,tugasan mulia ini,... kata hati kecilku.
Alhamdulillah,bermula tarikh 9 april...usrah pertama yang ku bawa berlangsung dengan hanya 3 orang ahli usrah...bagus untuk satu permulaan.Alhamdulillah...kini Usrah telah pun berjalan sebanyak 5 kali dan hampir setiap minggu kami adakan pertemuan ini dan ahli usrah juga semakin bertambah.Aku amat mengagumi ahli usrah ku yang sangat komited dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendapatkan ilmu ,mengubah dan memperbaiki diri....setelah 5 minggu berusrah,aku telah nampak perubahan yang ketara melalui penampilan dan tindakan.Alhamdulillah...semuanya dengan izin Allah.

Penekanan yang ku beri setiap kali usrah.....

"Ilmu yang kita perolehi pada hari ini,kita perlu amalkan...jangan tangguh-tangguh,kerana kebaikan itu perlu dilakukan dengan kadar segera!Jika kita ingin menjadi Khalifah Allah sesuai dengan 'TITLE /GELARAN " yang Allah berikan kepada setiap MUSLIM....maka kita perlu MAKE OVER...buang semua akhlaq yang buruk dan gantikan dengan akhlaq yang baik...barulah sesuai dengan gelaran yang Allah kurniakan kepada kita...dan jangan lupa...Khalifah Allah itu hanya diberikan kepada hamba-hambanya yang melakukan Amar Makruf dan Nahi Mungkar...jika tidak...tidak layaklah kita mendapat gelaran yang mulia itu".....aku sangat-sangat mengharapkan supaya Allah membari kefahaman terhadap semua ahli Usrahku dan semua mad'u yang ku hampiri......."

Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengubah sesuatu....dengan hanya kalimat "Kun fa ya Kun"...Kepada Allah sahajalah aku berserah dan bertawakal untuk memberikan hasil yang terbaik kepada usaha-usahaku.Moga -moga keikhlasan dalam beramal membuahkan hasil yang manis......Amin Ya rabbal A'lamin.

Anita/Umi Nita
 

"Setiap Hari Adalah Pelajaran" Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template