Monday, July 27, 2009

HAWARIYUN DI JALAN ALLAH.....

Salam....

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt kerana mengabulkan doa-doaku selama ini...selepas sahaja mengungkapkan kata-kata akhir semasa perletakan jawatan sebagai KW Negeri Perak pada bulan Februari 2009,akhirnya apa yang ku hasratkan telah dikabulkankan Allah swt setelah diberi sedikit ujian menguji kesabaran dalam penantian...

Ujian dalam berbentuk menguji kesabaran telah pun aku lalui iaitu diberi waktu senggang yang banyak kerana aku.... 'TIDAK SUKA BERDIAM DIRI"...atau lebih senang disebut pasif dan tidak aktif dalam dakwah'...

Di antara perkara yang ku sebut sewaktu ucapan penutup dan perpisahan itu ialah.."Ana ingin berbuat sesuatu yang tidak dapat ana buat semasa menjadi KW iaitu menjadi MOTIVATOR dalam masyarakat.Sebelum ni ,ana hanya lakukan tugasan rutin sebagai KW dan sebagai pembantu kecil-kecilan dalam program KBM selaku menjadi JK Kebajikan untuk Fasi dan Pengendali dan menjadi Ketua Fasilitator Perempuan.Untuk menjadi pengendali...emm...aku hanya memerhati dari jauh...mungkin kerana pengendali sudah mencukupi atau aku hanya menunggu masa yang sesuai untuk terjun secara bersungguh-sungguh.

Kemungkinan juga,dengan tugasan KW yang agak padat membuatkan aku hanya tunggu dan lihat untuk menjalankan tugasan sebagai motivator/pengendali...

Alhamdulillah,di tempat baru kini ....KBM merupakan perkara baru di sini.Bagiku yang telah bertahun-tahun dan sudah berdarah daging dengannya...terasa amat rindunya dengan program2 yang seumpama ini sekiranya tidak melaksanakannya.Masakan tidak,KBM merupakan satu-satunya program yang bisa membuatkan airmataku mengalir sepanjang program...walaupun telah bertahun-tahun aku melaluinya...Program SENTUHAN ROHANI...yang sangat murah harga bayarannya tetapi sangat tinggi kadar kesedaran dan keinsafan yang diperoleh melaluinya...Oh !! KBM ku...

MENJADI MOTIVATOR..!!

Aku berpeluang menjadi MOTIVATOR tanpa bantuan sesiapa...maknanya tanpa akhawat di sisi yang menjadi pendorongku.Di tempatku,di Port Dickson ini...yang menjadi akhawat bersamaku hanyalah seorang...mana mungkin beliau dapat menemani ku ke mana saja mahu ku pergi memandangkan beliau seorang Guru dan mempunyai agenda tetap tersendiri..

Usrah yang ku bentuk pada permulaan hanyalah terdiri dari beberapa orang,iaitu Ucu(Nafisah Osman @ adik Ustaz Alias Osman) ,Fadilah(jiranku semasa di Perai,Pulau Pinang), Fareha dan Noor Azita( staff Shell)....Alhamdulillah, buat permulaan...yang penting aku mempunyai "kerja" untuk dilakukan..

Suatu hari anak Usrah ku,Fadilah @ Dila bertanya kepada ku..."kak nita,Dila nak tanya,boleh tak akak gantikan Ustaz yang mengajar di Surau,tempat yang selalu Dila mengaji tu...Ustaz tu pergi Umrah selama 2 minggu,jadi tak de orang ganti.Boleh tak akak gantikan tempat Ustaz tu...untuk 2 minggu ni aje,"...

Aku menjawab.." Dila, akak ni tak pernah bagi ceramah kat orang luar apatah lagi di Surau atau Masjid...selalunya dalam program-program JIM je,lagipun nak jadi penceramah ni kena ada tauliah,kalau tak nanti kena tahan,mati katak le akak...,".Aku memberi alasan...bukan tidak mahu tetapi lebih kerana malu.

Aku terfikir sendiri .....Aku tidak mempunyai apa-apa kelayakan yang membolehkan aku memberi ceramah tetapi aku mempunyai kelayakan "20 tahun berUSRAH"...masih belum cukup lagi ke Anita? Nak beri ilmu pada mereka yang memerlukan...perlu rasa malu juga ke Anita?Aku yang lontarkan pertanyaan dan aku juga yang menjawab pertanyaanku sendiri....!!

Hmmm....akhirnya aku terima juga tawaran tersebut tetapi dengan syarat...sediakan LCD Projector dan pastikan ada sound system,supaya tumpuan mata tidak 100% terhadap ku..."Ok,kak...akan Dila usahakan"jawab Dila . Atas nama persatuan,aku mencadangkan supaya LCD dipinjam sahaja dari TNB,tempat suami-suami kami bekerja...manakala kemudahan p.a.system sudah ada di surau tersebut

Akupun mula mencari-cari tajuk apa yang nak diberi...memandangkan aku tidak diberi tajuk tetap semasa ceramah nanti.Kebetulan, aku baru saja menyiapkan bahan/ modul baru untuk remaja- "Meniti Usia Baligh" yang mana subplotnya adalah bertajuk Memelihara Mutiara Kasih yang fokusnya adalah memelihara Islam, Agama Allah...maka ku terfikir jika aku dapat membuat modul yang serupa iaitu "Memelihara Mutiara kasih versi belia/dewasa ...yang juga fokus kepada Memelihara Iman....perkara paling utama sebagai seorang Muslim..

Sambil aku membelek-belek buku...aku dapati salah satu penulisan di dalam buku tersebut menyatakan jika ingin memberi ilmu,el oklah di dahului dengan memberi penerangan tentang IMAN....Ya ! itulah yang menambah kekuatan untuk aku laksanakan..Memahamkan mereka terlebih dahulu..apa erti Iman dan Islam yang sebenar dalam kehidupan ini...

Alhamdulillah,setelah bahan siap... maka tibalah hari yang dijanjikan.Dengan penuh debaran aku memandang kepada semua ahli Surau tersebut sambil tersenyum,bersalaman dan bertukar-tukar khabar.

Aku pun mula menyampaikan ceramah "motivasi" beserta klip-klip video yang ku petik sedikit darinya daripada pgm KBM tentang ciptaan Allah sambil membuat sedikit games mudah dengan memberi sekeping kertas dan sebatang pen untuk mereka mencatatkan sebanyak mungkin nikmat yang Allah beri..... yang di rasakan sebagai nikmat oleh mereka.Dalam masa beberapa minit sahaja, seorang peserta tersebut telah berjaya menulis 20 nikmat..aku meminta hasil tulisan nikmat2 yang telah dicatatkan sambil membaca satu persatu....

Hasil yang ku dapati,kesemua nikmat2 tersebut hanya dilihat dari bentuk luaran semata tetapi tiada yang menjurus ke dalam diri sendiri...aku mula mengajak mereka melihat nikmat pancaindera yang diberi Allah swt...telinga,mata ,hidung, akal,nyawa,lidah dan sebagainya...ku ulas satu persatu...diberi sedikit penekanan bagaimana kesemua aggota ini tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah...tetapi kita sering berdolak dalih,sering bertangguh-tangguh untuk berubah dan patuh kapada Allah swt.

Ku lihat,ada yang menundukkan wajah,ada juga yang memandangku tanpa berkelip dan ada juga yang menggelengkan wajah tanda menyesal.Alhamdulillah,mereka yang hadir tidak ramai tetapi cukuplah sekadar 15-17 orang yang telah sedar dan kini kesemuanya telah menjadi anak Usrah ku setelah mendengar 2 kali ceramah motivasi dari ku.

Aku sangat terharu dengan penerimaan mereka...tambahan pula terdapat seorang makcik yang dipanggil "Mak Ngah" yang usianya telah mencecah 67 tahun turut sama bersemangat untuk berusrah dan sering memanggilku dengan panggilan "Ustazah" walaupun aku bukan seorang Ustazah...aku hanya buat sekadar yang ku mampu ,memberi dan berkongsi ilmu dengan mereka...

Ku teringat juga, di dalam ahli Usrah ku juga terdapat salah seorang Ibu Tunggal yang telah berjaya meraih gelaran IBU MITHALI peringkat Negeri Sembilan...aku berhajat berkongsi pengalaman dengannya ...bagaimana beliau boleh memelihara dan mendidik kesemua anak-anaknya setelah kehilangan suami tercinta pada usia muda sehingga semua anak-anaknya berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara.....

Aduhai... anak-anak Usrahku telah berjumlah 20 orang kini...Dua pertiga dari mereka lebih berusia dari ku serta sudah tentu mempunyai banyak pengalaman berbanding diri ku yang serba kekurangan ini...

Moga Allah swt memberi kekuatan untuk ku menyantuni mereka.Tujuan ku hanya satu iaitu....biarlah mereka menjadi Muslimah yang sejati dan menjalankan Amar Makruf,Nahi mungkar selagi terdaya.......dan sekiranya usia dan kesihatan menjadi penghalang,maka......

Cukuplah sekadar mereka menjadI "HAWARIYUN" DI JALAN ALLAH INI....melalui cara mereka sendiri.....seandainya itu saja yang mereka mampu ....Allah menilai apa yang kita lakukan walau sebesar zarah sekalipun.....Wallahu'alam.


Umi Nita

Wednesday, July 22, 2009

PENULISAN PERTAMAKU....LONJAKAN DARI PAKSAAN !!

Salam,

Menulis bagiku bukanlah sesuatu yang mudah.Kita perlu membayangkan,merangka,meyusun atur dan barulah ditulis mengikut rangka-rangka yang telah di catatkan..

Kemungkinan sesetengah orang mempunyai kemahiran dan bakat semulajadi dalam menulis tetapi tidak pandai berbicara.Ada juga yang pandai berbicara tetapi tidak pandai menulis....

Bagi ku...kemungkinan kedua-duanya tidak ada pada ku sehinggalah aku dipaksa untuk menulis dan dipaksa juga untuk berbicara atas sebab tugasan yang tidak dapat dielakkan.Seingatku, semasa kecil aku mempunyai sedikit masalah pertuturan ,tidak fasih berbicara atau gagap...tetapi aku cuba mengawal sebaik mungkin untuk berkata-kata sewaktu berbual-bual dengan rakan-rakan pelajar ku.Alhamdulillah,seingatku....masalah gagap ku berakhir pada usia 12 tahun setelah aku berjaya mengawal dengan bersungguh-sungguh..

Terpaksa menulis...hmm...kadangkala kita "terpaksa" memaksa diri kita untuk berbuat sesuatu...ditambah lagi dengan dorongan seseorang....insyaAllah,kita akan mampu lakukan walaupun pada awalnya kita tidak tahu bagaimana mahu menulis...Tidak ada idea juga akan menyebabkan kita tidak tahu apa yang nak dituliskan dan ianya sungguh merumitkan jika kita dipaksa untuk berbuat sesuatu dari hasil penulisan yang bukan kemahiran kita...

Teringat peristiwa Nabi Muhammad saw di Gua Hira' apabila dipaksa membaca oleh Malaikat Jibril " Iqra'....Iqra' Iqra"....bacalah dengan nama TuhanMu.... Nabi dipaksa untuk membaca!!

Maka diatas paksaan tersebut...tersebarlah ilmu pengetahuan yang merangkumi ilmu kehidupan di dunia dan akhirat. Hebatkan!! ....dari seorang yang UMMI...yang tidak tahu membaca dan menulis telah menjadi seorang yang sangat HEBAT dan LUARBIASA....semuanya kerana diPAKSA untuk KEBAIKAN!!

Jika begitu...aku juga ingin menjadi seorang yang luarbiasa...iaitu dengan menjadi Hamba Allah yang mensyukuri dan membalas budi...Budi yang takkan dapat dibalas dengan dunia dan seisinya...

Ya...Aku ingin menjadi Khalifah Allah...dalam erti kata yang sebenarnya....dengan berbuat AMAR MAKRUF dan NAHI MUNGKAR...

Hadith Nabi ada menyebut
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran,maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya,jika tidak mampu dengan lidahnya,jika tidak mampu, maka dengan hatinya.Maka itu adalah selemah-lemah iman...."

Oh...bagaimana dengan diri ku ? Bagaimanakah tahap Iman ku? Sudahkah aku berjaya mengubah dengan tanganku(Kuasa-pimpinan atau dibawah jagaanku)? Sudahkan aku mengubah dengan lidahku( memberi nasihat atau menyampaikan ceramah dan seangkatan dengannya? atau aku hanya mampu menggelengkan kepala dan hanya mampu membantah di dalam hati sahaja....

Alhamdulillah....aku telah belajar dari hadis ini untuk berperanan menjadi Khalifah Allah swt...buat sebaik mungkin dan termampu yang mungkin....

Allah tidak melihat kepada hasil yang kita perolehi tetapi apa yang kita lakukan....

Soalan kepada diri ku sendiri...adakah aku sudah aplikasikan hadis tadi di dalam kehidupan ku kini.... jawapan yang boleh ku beri ialah..... InsyaAllah!!....Aku akan cuba dengan sedaya yang ku mampu kerana aku ingin menjadi salah seorang KhalifahMu ya Allah....

Ya...salah satunya.....Dakwah melalui Pena...

Oh ya,bersama ini ku kepilkan sekali hasil tulisan pertama ku ..."Ibu Madrasah PertamaKu"...untuk tatapan mereka yang belum membaca hasil tullisan ku.Moga kita lebih menghargai Ibu -Ibu yang telah banyak berjasa kepada kita.

IBU, MADRASAH PERTAMAKU
“Kelahiran. Bagiku istimewa! Kubersyukur pada mu. Bonda....,” begitulah bait-bait lagu nyanyian Adi Putra dalam drama Tanggang yang sering kudengari apabila drama tersebut di siarkan oleh stesen TV3.

“Kelahiran” semula sebagai seorang anak yang memahami suka duka dan pahit manis sebagai seorang ibu yang telah membesarkan kita. Memahami susah payah dan perit getir melahirkan anak dengan setinggi harapan dan sedalam lautan kasih sayangnya. Ibu yang sanggup mempertaruhkan nyawa ketika melahirkan,bersengkang mata untuk menyusukan, menggadaikankan segala tenaga dan kerehatan semata-mata bagi melihat anaknya dibesarkan dengan aman tenteram tanpa ada anasir yang boleh memudaratkan anak-anaknya. Tidak dapat ku gambarkan betapa bersyukurnya aku mempunyai seorang ibu.

Ibuku, kaulah segala-galanya! Walaupun ibuku telah tiada,namun jasa dan kasih sayangnya tidak dapat ku balas sampai bila-bila. Walau di bayar wang berjuta, walau ku abadikan diri ini sehingga lanjut usia, namun aku tetap tidak dapat membalasnya. Banyak sungguh jasa yang telah dicurahkan. Banyak sungguh budi yang telah ditaburkan! Banyak juga didikan dan tarbiyyah yang di perturunkan agar ku menjadi insan berguna kepada Allah ,Rasul manusia.dan alam semesta. Semua detik indah dan manis ini tidak mungkin dapat ku lupa.

Masih lagi ku terbayang dan merasai betapa sukar dan sakitnya untuk menjadi seorang ibu buat pertama kalinya. Saat ku mengandung, saat ku kesakitan menunggu kelahiran, saat ku melahirkan, membuatkan aku sangat mensyukuri kasih sayang dan pengorbanan ibu. Penuh dengan pancaraoba dan memeritkan! Pengalaman mengandungkan anak pertama, aku tidak dapat makan dan minum dengan sempurna walaupun jangka masa aku mengandung sudah mencecah 9 bulan lamanya. Muntah-muntah yang mengeluarkan segala isi dalam perut dan cecair berwarna kuning, amat pahit dan masam yang terhambur dari perut ku ini, membuatkan aku agak serik bagi mengandung lagi. Tambahan pula ketika mengandungkan anakku, kandungan ku sentiasa berada dalam keadaan songsang. Sehinggalah saat kelahiran tiba, aku masih lagi dalam keadaan yang serupa.

”Ya Allah….tolonglah hambamu ini ya Allah!Aku mengharapkan Ihsan dan kasih sayang Mu, Ya Allah. Aku juga mengharapkan pemeliharaan dan perlindungan Mu, Ya Allah. Tanpa rahmat dari Mu tak mungkin dapat ku mengharungi dugaan yang sungguh mencabar ini,” aku berdoa berulang kali.

Kelahiran pertama secara normal menyaksikan bagaimana anak ku muncul ke dunia ini dengan kaki kanannya terlebih dahulu menjenguk dunia. Ya Allah, mengapa dan bagaimanakah semua ini boleh terjadi pada diriku?
Hatiku berlagu kegusaran yang tidak bertepi, “Inilah pengalaman pertama ku, tiba-tiba dugaan ini dikenakan Allah terhadap ku. Selamatkah aku? Selamatkah anak ku nanti?”

Hati gusar ku berlagu lagi. Tambahan pula tali pusat telah melilit leher anakku. Berkat kepakaran dan pengalaman doktor yang membidani ku, akhirnya, tali pusat yang melilit leher anakku dilepaskan, kaki, tangan dan kepala satu persatu dapat dikeluarkan.

Pertama kali ku terpandang akan anakku, hatiku terdetik, “Eh! Mengapa badan anakku biru kehitaman begini? Mengapa anakku tidak menangis sebagaimana kelahiran bayi-bayi lain yang biasa ku lihat di kaca televisyen? Beginikah rupanya keadaan bayi yang baru dilahirkan?”

Bermacam-macam soalan terpacul dari mulut ku,walaupun aku sangat keletihan. Rupa-rupanya, anakku kelemasan kerana masa yang lama telah diambil untuk melahirkannya. Namun, Alhamdulillah aku tetap bersyukur. Jika begitu yang telah ditakdirkan untuk aku mengharungi cabaran untuk mendapatkan zuriat dari Mu, ya Allah. Itulah pengajaran pertama untuk ku menghargai jasa ibu. Penat, letih, tidak lalu makan, tidak dapat tidur, mengharungi pelbagai kesakitan dan bertarung nyawa demi untuk melahirkan ku. Terima kasih ibu! Kerana telah mengandungkan ku, menjaga ku dengan baik dan memberi pendidikan kepada ku.
Hatiku berkata lagi, ”Terima kasih, Ya Allah kerana Engkau memberi kekuatan kepada ibu ku untuk terus memelihara dan menyayangiku!”

Bagaikan masih terbayang-bayang bagaimana ibuku membesarkanku, mendidikku dengan penuh sabar dan memberi perhatian bak menatang minyak yang penuh. Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin tetapi kaya dengan kasih sayang. Aku merupakan satu-satunya anak perempuan dari enam beradik, yang menjadi pengikat kasih sayang kedua ayahanda bonda. Dapat ku rasakan betapa kasih sayang mereka tercurah kepada ku. Maklum sahaja ah, aku satu satunya anak perempuan mereka! Walaupun boleh dikatakan aku anak emas ibu dan bapa, tetapi aku tidak terkecuali dalam mengikuti disiplin dalam keluarga sebagaimana yang dikenakan terhadap abang-abangku.
Ku ingat lagi, zaman kecil ku, bukanlah sepertimana kanak-kanak yang lain. Mendapat anak patung plastik yang murah harganya telah membuatkan ku melonjak kegembiraan. Dapat bersiar-siar dengan membonceng basikal bapaku, telah membuatkan aku merasakan seperti dunia ini aku yang punya! Dapat bermain “Lawan pecahkan biji getah”, ”Police Sentry”, Galah Panjang dan Konda Kondi telah membuat ku kuat ketawa walaupun aku tidak dapat keluar dari kampung dan berada di kepompong yang sama! Aku tahu kemiskinan ibubapa. Aku amat maklum kedhaifan keluarga. Tinggal di rumah kecil beratap rumbia, berpelitakan minyak tanah ketika malam menjelma, minum dan mandi dengan air telaga, memasak menggunakan bahan api dari ranting kayu dari kebun getah juga kulit kayu balak yang ku kutip bersama ibu ku dari kilang kayu yang jaraknya 5 km dari rumah ku, telah menjadi perkara biasa. Satu perkara yang tidak pernah dirasai oleh generasi zaman sekarang apatah lagi anak-anak kita. Itulah ikhtiar hidup dan sikap daya tahan yang ku perolehi sejak di zaman kecil ku lagi.
Pengajaran yang sangat berguna untuk ku sentiasa bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah Taala. Kesusahan membuatku “Alah Bisa,Tegal Biasa”. Dapat melawat dan berziarah ke sana sini pada waktu kecil ku, bukan juga perkara biasa. Maklum sahajalah,satu-satunya pengangkutan yang kami ada hanyalah sebuah basikal tua. Masih ku ingat ibu ku banyak memberi kata-kata perangsang pengubat jiwa dalam loghat utaranya, “Tidak apa kita miskin dunia, tetapi biarlah kita kaya di akhirat sana! Kita bukan orang kaya tetapi emak percaya satu hari nanti “Chek” pasti akan keluar juga dari kampung kita. Pada masa itu, “Chek pasti akan tengok “dunia” di luar sana!”
Begitulah kata-kata hikmat ibuku yang sentiasa tersemat dijiwa. Biar miskin dunia,tapi kaya di akhirat sana! Memang benar kata-kata ibu ku, juga doa yang tidak pernah putus daripadanya. Kini aku telahpun melihat “dunia” di luar sana, melawat dan berziarah lebih jauh dari yang ku sangka. Bukan setakat di dalam negara kita, bahkan banyak juga negara luar yang telah aku lawati berkat doa ibuku dan rezeki dari Allah yang Maha Kuasa. Di antara negara yang telah ku jejakkan kaki dan lawati termasuklah Itali, United Kingdom, Amerika, Arab Saudi, Singapura, Jepun dan Indonesia.

Kini satu-satu perkara yang akan sentiasa aku memburunya. Kaya di akhirat sana nanti! Aku pasti itulah yang akan memberikan ku kehidupan yang lebih bermakna. Kini aku tahu, sabar dengan kesusahan yang dialami satu waktu dahulu, mengambil pelajaran dari banyak situasi sukar, memberikan pelajaran yang berguna dalam kehidupan ku kini. Satu prinsip yang ku pegang sehingga kini ialah “Setiap hari adalah pelajaran”. Prinsipku mungkin berbeza dan mungkin sama dengan orang lain. Bagiku setiap cabaran samada yang baik atau buruk, senang atau susah,kejayaan atau kegagalan memberikan ku Ilmu yang sangat berguna. Aku sentiasa mengambil makna kesusahan, keburukan dan kegagalan sebagai satu cabaran dan mengambil sikap yang Positif terhadapnya. Berdepan dan menjangkaui cabaran itu!

Aku sangat mengagumi ibuku dalam hal kasih sayang, kesabaran dan menerima kekurangan suaminya. Menerima dengan redha akan kekurangan suaminya yang fizikalnya bukan seperti manusia normal yang lain.
”MasyaAllah!” Itu lah yang keluar dari bibirku, bila ku kenang kembali, agaimana manusia seperti ibuku boleh redha menerima bapaku yang cacat dan tempang kakinya sebagai suami sedangkan ibuku boleh sahaja memilih orang lain sebagai suaminya. Tidak menolak apabila keluarga mengatur urusan perkahwinannya. Bukan ibuku tidak tahu apa yang bakal ditempuhi jika bersama suami yang tidak sempurna. Cacian, makian dan hinaan pasti akan ditempuhi ibuku sepanjang perjalanan melayari bahtera. Tetapi, ibuku tetap bersabar dan redha.
Masih ku ingat lagi, ketika aku belajar kelas agama di Madrasah berdekatan rumahku. tiba-tiba salah seorang Ustaz telah berkata, “Ini anak ‘A** si capik itu, bukan? A** capik ada di mana?”
Panggilan dan hinaan tersebut cukup meruntun hatiku. Benci sungguh aku pada Ustaz itu, bila perkataan ‘Capik’ atau tempang dipanggil pada bapa ku. Mengapa seorang yang bergelar Ustaz boleh menghina bapaku sebegitu rupa? Hina sangatkah manusia yang capik kakinya? Tidak layakkah manusia tempang seperti bapaku menjalani kehidupan didunia yang sama?
Hatiku sentiasa bertanya, ”Siapakah yang lebih mulia? Orang yang menghina atau orang yang dihina?”
Moga Allah mengampuni dosa Ustazku itu. Ustaz ku juga manusia biasa dan aku telah mengampuni dosanya kerana membuat aku membenci dirinya. Aku juga tahu, banyak ilmu yang telah diajarinya dan banyak manfaat yang aku peroleh dan praktikkan daripadanya. Tetapi yang pasti, tentu ilmu yang baik-baik sahaja yang aku ikut.
Apa pula kata ibuku ketika aku mengadu padanya? Dengan nada bersahaja ibu ku berkata dalam loghat utaranya yang pekat, ”Biarlah apa orang hendak kata, bila sudah penat nanti berhentilah mereka itu!”
Sungguh mulia hati ibuku. Kelembutannya dalam melayani kami, kesabarannya dalam membesar, mengasuh dan mendidik kami, sanggup mengharungi cacian, hinaan dan pandangan serong masyarakat apabila bersuamikan lelaki cacat, kasih sayang yang tidak bertepi terhadap kami adik beradik dan suami tercinta, ketabahan hati bila berhadapan dengan cubaan dan kesusahan hidup, keteguhan iman dan akhlaq yang diajarkan membuatkan aku berasa kagum mempunyai seorang ibu seperti ibu\ku. Kaulah ibu sejati, tidak ada tandingan berbanding ibu yang lain dalam mendidik ku.

Hidup dalam kesusahan juga melatih ku mempunyai sifat mengasihani kesusahan orang lain. Kehidupanku sekarang banyak dipengaruhi bagaimana didikan ibuku yang bersikap berpada dengan apa yang ada. Kadang kala aku tidak dapat menyesuaikan diri dengan kesenangan yang ada sekarang dan kesusahan yang ku alami dimasa lalu. Hendak membeli sesuatu yang agak mahal harganya, membuatkan ku berfikir sepuluh kali dalam membuat keputusan samada mahu membelinya atau dilupakan saja. Ibuku banyak mengajarku supaya berjimat cermat memandangkan wang bukanlah sesuatu yang mudah untuk ku perolehi. Bapaku semasa ku kecil, hanyalah seorang penjaja di Pekan Sungai Petani. Mengayuh basikal dan menjual kepada pembeli yang lalu lalang disekitar basikal tua yang digunanya. Pendapatan pula berapa sangatlah yang diperolehinya. Untuk membeli sesuatu, ibu mengajarku mengumpulkan wang belanja sekolah agar dapat aku bersyukur dengan setiap sen yang aku guna. Sikap itu terbawa-bawa sehinggalah sekarang apabila anak-anakku meminta-minta untuk membeli sesuatu yang diingini yang agak mahal harganya walaupun bukanlah bermakna aku sangat berkira atau kedekut dengan wang yang ada. Kalau yang mahal harganya, biarlah suamiku sahaja yang membuat keputusannya. Bagi ku, wang yang aku belanja biarlah berpatutan dan tidak membebankan keluarga.
Lahir didalam keluarga yang miskin, memberikan ku banyak pelajaran yang berguna. Tahu asal-usul diri, tidak akan menjadikan kita gelap mata, bahkan menjadikan kita lebih bersifat Ihsan, simpati, memahami kesusahan orang disekeliling kita. Melayani kerenah manusia yang pelbagai juga meningkatkan lagi tahap kesabaran dan keimanan kita. Bukankah Nabi Muhammad saw pernah bersabda ”Sabar itu separuh dari Iman.....” maka itulah pengubat jiwa bila ujian datang melanda. Sedangkan Nabi juga pernah dicaci dan dihina! Kesemuanya menjadikan kita matang dalam mendepani cabaran semasa.

Pengalaman dan pengajaran dari kehidupan yang lalu bersama ibuku merupakan Ijazah yang sangat penting untuk ku jadikan benteng dalam menjalani kehidupan ku di masa ini bersama keluarga. Banyak permata berharga dan tinggi nilainya yang ku peroleh dari seorang manusia yang sangat berjasa. Bukan emas perak menjadi tinggalan harta ketika meninggal dunia, tetapi kata-kata hikmah, tingkahlaku dan perbuatan, kesabaran dan sifat redha serta qanaah atau berpada, menjadikan ibuku sangat hebat sebagai seorang manusia disisi Tuhannya.Terlalu banyak yang ku perolehi yang tidak dapat ku ceritakan semua. Biarlah ianya menjadi kenangan untuk ku bawa hingga ke akhirat sana. Belajar di Madrasah Ibuku membuatkan aku berjaya menjadi manusia dan dipandang mulia. Semuanya disebabkan jasa mu ibu! Terima Kasih, wahai Bonda!.
Nukilan :Pn Hjh Anita bt Ali
Ketua Wanita JIM Negeri Perak (Sesi 2007-2009)

Tuesday, July 14, 2009

MOOD SWING vs AYAM DEMAM BERAK KAPUR.....KES BERAT TUUU....!!

Salam,

"Mood Swing"...entah kenapa perkara begini boleh berlaku?Semuanya bersangkut dengan buaian? hehe.... atau terbuai-buai seperti naik buaian yang keadaannya adakalanya naik diatas dan disaat yang lain pula berada di bahagian bawah...hingga mampu memporakperanda kan atau menjadikan suasana kelam kabut dan tunggang langgang atau berubah jadi suram dan dingin sedingin salju...Teringat pula "Eye On Malaysia" atau " Eye On Melaka" yang kami lihat semasa melawat Bandar Melaka tempohari....adakah begitu keadaannya??Sekejap di atas , sekejap lagi di bawah ....

Lazimnya...perasaan yang terbuai itu disebabkan oleh satu perasaan yang menggangu emosi dan fikiran ...menjadikan emosi tidak stabil dan mampu menjadikan seseorang itu murung dan suka menyendiri....Boleh juga dikatakan seperti "ayam demam berak kapur"..pernah dengar tak peribahasa tu...erm...kena buka balik buku sinonim antonim yang kita pelajari dulu...kemungkinan 'ayam berak kapur,biasa kita dengar tapi ayam demam berak kapur tu..... 'abang' sikit dari nya....kiranya dah kes berat ni !!

Kenapa terjadinya begitu? Bagiku, mood swing boleh berlaku dan berkait rapat dengan persekitaran dan juga melibatkan perhubungan dengan manusia.

Persekitaran yang kurang kondusif dan tidak selesa mampu mengubah mood seseorang menjadi moody...atau lebih senang disebut...ber'angin'.Anginnya(tekanan) pulak datang dari pelbagai arah,dari utara,selatan timur,barat,tenggara,timur laut,barat daya dan sebagainya....
Heh,ini baru betul !!Banyak pulak anginnye hinggakan mampu aku menyebut semua jenis mata angin tu...hihi..

Dalam bab persekitaran ini, kalau betul-betul tak kena gayanye...memang mampu membuatkan kita tension dan hilang semangat.Keadaan yang pasif juga menyebabkan kita merasakan ....oh! apa yang aku nak buat lagi ni?Semuanya jadi serba tidak kena.Kenapa lembab sangat ni? kenapa tak bergerak lagi ni?..erm....semua persoalan -persoalan itu akan berlegar-legar dalam pemikiran dan menggangu emosi ku...Nak dikongsikan dengan siapa bila masing-masing sibuk dengan agenda sendiri...

Sabar!Sabar! Sabar Anita!!....aku terpaksa menyabarkan diri sendiri.Akhirnya,bila kita hanya asyik menunggu aje,sudahnya ku buat ikut jalan sendiri...jadinya akulah yang berangin ni !! Bila kesabaran yang ada sudah melepasi had tepu...nasiblah!! Aku bukan jenis yang suka duduk tunggu tanpa lakukan sesuatu...akhirnya,mulalah aku meneroka "bab- bab" dan "buku baru " dalam kehidupan ini.Ku keluarkan semua "agenda terbantut" yang pernah ku lakukan dulu...sambil berdoa biarlah perkara ini mampu memberi ruang untuk aku mengasah bakat yang hampir-hampir terendam dek terlalu lama tersimpan dalam almari atau kotak.....

Jeng!Jeng!Jeng!....ku keluarkan buku jahitan yanag pernah ku pelajari sejak tahun 2002 dahulu,semasa aku baru pindah ke Manjung.Kesnya sama dengan keadaanku sekarang...baru berpindah ke Port Dickson..."everyday is a picnic day"....atau " everyday is honeymoon day"....entah mana satu yang sesuai dengan frasa kata tu...Yang ku tahu,rutin harian ku memerlukan satu lonjakan baru agar aku menjadi lebih sifat ke"orangan" ku....mana kan tidak...suatu ketika dulu,kesibukanku bagaikan tak cukup tanah untuk ku berjalan...masa 24 jam,rasanya ingin ku tambah beberapa jam lagi...menjadikannya 29 jam atau yang seumpamanya....tapi bila waktu puncak sudah jadi waktu pendek...aku kebingungan sendiri.

Dalam bab perhubungan pula....kurangnya sokongan rakan ,taulan,suami,teman sekerja,mak,mertua,anak-anak.... mampu juga meng'hangin"kan kita...Kadangkala,kita amat memerlukan pertolongan mereka-mereka ini dikala "waktu puncak" atau "peak hours".....bersikap endah tak endah,buat-buat tak tahu, tak rasa penting,ambil mudah juga mampu menjadikan seseorang itu mengalami mood swing.....

Bila seseorang bersikap memuhasabah diri sendiri dan berfikir secara positif...maka perasaan memahami itu membuatkan kita lebih redha....dan mudah memaafkan tetapi bila keadaan yang kurang supportive berlaku secara berterusan ...disulami pula dengan jarum-jarum syaithan,maka keadaan "memahami" sudah bertukar jadi "memarahi" pada pihak yang lain.Maka timbullah perasaan merajuk,mendiamkan diri,mengasingkan diri dan ada juga yang mengambil sikap menyalahkan diri sendiri......mengangkat bendera putih tanda mengalah!!

Kita adalah manusia biasa....adakalanya mengalami cabaran dan perubahan yang tak terfikir dek akal. Perubahan di sudut persekitaran,perasaan,perhubungan,kesihatan ,cuaca dan sebagainya memainkan peranan besar dalam berlakunya perubahan-perubahan ini..

Apapun kita perlu bijak menangani cabaran dan tekanan....jangan jadi seperti "Ayam demam berak kapur'...kes teruk tuu !! tunggu masa untuk disembelih atau mati kemurungan .... Banyakkan "makan" ubat zikir dan berdoa kepada Allah supaya kita dijauhkan dari sifat keluh kesah dan sentiasa tenang dalam menjalani kehidupan...

Umi Nita
 

"Setiap Hari Adalah Pelajaran" Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template