Monday, May 2, 2011

Kisah Benar : Remaja Perempuan,...antara Kufur dan Iman.

Salam,

Alhamdulillah, lama sungguh tak meng"update" blog ku ini. Entah kenapa ya? Seingatku...menulis bukanlah masalah besar bagi ku. Tetapi..sebetulnya, aku telah lupa bagaimana nak buka blogger dashboard dan juga password yg telah aku gunakan ...utk create posting baru..kelakarkan . Allah jua yg berhak memberi dan melengkapkan daya ingatan !!

Alhamdulillah, ingin aku kongsikan pengalamanku bersama seorang Ustaz yg kami sebut Sheikh M..dalam sebuah program. Pengalaman ini juga telah di kongsikan bersama sahabat2 yg lain.

*********************************************************************
Subhanallah, Alhamdulillah...Allahuakbar !!

Kepuasan yang tak terungkap bila dapat mendengar perkongsian dari Sheikh M
petang semalam.Suntikan semangat yang mampu membasahkan jiwa yang kering kontang, perkongsian antara negara yang mampu melonjakkan semangat untuk terus berjuang.Titisan air mata atas nikmat Islam, Ukhuwwah Fillah dan perjuangan...

Mampukah kita terus menjadi seperti orang -orang dalam kisah2 yg akan di ceritakan ini..?

Kisah Benar Part 1.

Remaja Perempuan,...antara Kufur dan Iman.

Kisah seorang Remaja Italy yg berumur 18 tahun, yang berhijrah dari Italy menuju ke Cameroon, Afrika.Sanggup meninggalkan kemewahan dunia dan teknology terkini..... Untuk apa ye? sudah tentu mempunyai agenda dakyah yang tersendiri. Bayangkan seorang remaja Perempuan sanggup ke negara Afrika yg dipenuhi dengan semak samun, ular dan binatang berbisa hanya semata2 utk "berdakwah" supaya semua Muslim yang ada di Afrika memeluk agama Kristian!!

Dimaklumkan seramai 1500 muslim yang berada di Cameroon dan semuanya hanya Muslim atas nama..untuk beribadah sebagaimana seorang Muslim, jauh sekali kerana tiadanya sumber ilmu dan usaha Dakwah di sana.

Bayangkan dengan hanya kehadiran seorang Remaja Perempuan Kristian telah berjaya memurtadkan seramai 1499 org Muslim yang telah didakyahkan hanya selama 1 tahun 6 bulan kecuali seorang Sheikh "Cameroon" . Sheikh C yg telah kehilangan semangat ini telah menemui jalan buntu bagaimana mahu mengembalikan ahli masyarakat yang telah dipesongkan dari jalan Allah ini..
Alhamdulillah, sheikh C ini telah bertemu dgn seorang ikhwan dan Ikhwan tersebut telah memberi motivasi dan semangat serta menasihati Sheikh C supaya jalankan strategi untuk jalankan usaha Dakwah kepada si "pendakyah" @ Remaja Perempuan Italy tersebut...

Remaja perempuan tersebut walaupun telah memurtadkan seramai 1499 org Muslim masih tidak berpuas hati hanya kerana seorang shj yang belum berjaya di kristiankan, iaitu Sheikh C ini. Atas nasihat dan motivasi Ikhwan kepada Sheikh C tersebut..akhirnya Sheikh C tersebut mengambil keputusan untuk berjumpa dengan remaja perempuan Italy tersebut dengan niat utk berdakwah !! Harapan yang sangat besar oleh Syeikh tersebut , sekiranya remaja ini memeluk Islam, sudah tentu ahli masyarakat yg lain juga akan berjaya di Islamkan kembali..

Lain pula perasaan remaja Perempuan Italy tersebut kerana setujunya Sheikh tersebut akan menambahkan lg bil org Islam yg akan jatuh dalam dakyahnya...Dalam fikirannya, Sheikh tersebut telah bersedia untuk di"penggal" lehernya..

Perjumpaan telah diatur dengan penuh semangat dan penuh motivasi...dengan penerangan dan dakwah yg penuh hikmah serta dengan dalil2 yang membuatkan Si Pendakyah berfikir kembali...akan keagungan Allah swt..akhirnya, kembalilah Remaja Italy tersebut kepada "Fitrah Azali" seorang hamba Allah kepada PenciptaNya..

******Teringat pula akan kisah Saidina Umar al Khattab...sejahat2 manusia di zaman jahiliahnya...adalah sebaik2 manusia sewaktu Islamnya...segarang2 manusia di zamannya adalah seorang yang sangat tawaduk di zaman Islamnya*****

Begitulah hakikatnya...bila keindahan aqidahdan akhlaq Islam telah terpateri dan terpahat dalam jiwa maka sudah pasti akan membuahkan hasil yang sangat manis dan enak rasanya.

Remaja Italy tersebut telah disedarkan akan "kesilapan" besar yang telah dilakukan dan dikejutkan oleh syeikh tersebut bahawa perbuatan dia yg terdahulu akan menyebabkan dia masuk Neraka dan jika tiada tindakan / dakwah yg di buat sekarang terhadap masyarakat yg telah murtad itu , akan menyebabkan dia masuk neraka juga. Nauzubillahiminzaalik.....!!

Alhamdulillah, dengan rasa yg cukup bersalah dan dengan rasa kesedaran yang ada...remaja tersebut bertanya" apa yg harus dia lakukan untuk elakkan dari masuk neraka"....jawab Sheikh tersebut...dia hendaklah berdakwah kepada semua masyarakat Islam yg berjumlah 1499 orang yg telah murtad supaya kembali kepada Islam semula...

Masyaallah, satu tugas yang berat wahai sahabat semua...TETAPI.....jika ada kemahuan dan kesungguhan..maka setiap yang dilakukan, dengan izin Allah swt pasti akan berjaya !!

Sekiranya usaha untuk memurtadkan masyarakat Islam mengambil masa selama satu setengah tahun (1 1/2 tahun ), maka untuk mengembalikan masyarakat yg murtad kepada Islam, hanya mengambil masa selama 6 bulan sahaja...MasyaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

Moga kisah ini menjadi peransang kepada kita untuk teruskan usaha Dakwah ini..

Kata Sheikh M ...kita tidak perlu pergi ke Afrika untuk jalankan usaha Dakwah seperti mana Remaja Italy ini, tetapi lihatlah di sekeliling kita..di sekolah kita , jiran,ahli keluarga, Universiti dan remaja2 kita.. Tumpukan kepada Trengganu kita (kata Sheikh M dlm bahasa Malaysia , khas buat sahabat di Trg) atau di mana sahaja ruang dan medan yang kita ada....
Tidak terujakah kita mendengar kisah yg meniupkan semangat ini....tidak terpukulkah kita dengan dakwah yang dilakukan remaja ini...adakah kita masih mahu berpeluk tubuh dan mendiamkan diri sahaja? Lihat di sekeliling kita...berapa ramai non muslim yang telah kita dakwahkan...atau berapa ramai Muslim yg menjadi Muslim dalam ertikata yg sebenarnya?..tepuk dada, tanya IMAN kita..,di mana kesungguhan kita..?

Wallahua'lam...

2 Mei 2011

Thursday, December 9, 2010

Autumm di Jepun...part 1.

Salam,

Alhamdulillah,setinggi kesyukuran dan pujian diberikan kepada Allah swt yang telah mengurniakan segala-galanya dalam kehidupan ku ini.

Tidak pernah terlintas dalam hatiku untuk mendapat anugerah ini daripada Allah swt. Mengunjungi dan melawat negara orang, sekaligus memberikan kepadaku pengalaman yang cukup berharga. Melawat negara yang pernah menjdi penjajah negara kita, Malaysia suatu masa dahulu...Jepun.

Sememangnya satu perkara yang indah. Ye lah, sebelum ini hanya mendengar dan melihat dari kaca televisyen sahaja akan negara Matahari Terbit ini..tetapi kini diriku dapat melihat dengan mata kepalaku sendiri akan corak kehidupan dan perlakuan orang Jepun ini.Beberapa pengajaran menarik yang boleh dijadikan pelajaran untuk kita semua ialah...

1)Mereka sangat sistematik...terurus dan sangat teliti dalam setiap pekerjaan yg mereka lakukan termasuklah dalam soal membaiki jalan , ada penanda jalan yg menunjukkan akan ciri keselamatan yg boleh dipelajari oleh JKR Malaysia supaya tidak mudah mengambil mudah akan keselamatan pengguna jalanraya.Begitu juga dalam hal mengendalikan perjalanan menggunakan pengangkutan keretapi yang paling efisien di dunia.. ketepatan jadual keretapi yang tidak lari walaupun seminit dan tanpa bertangguh...

2) Mereka sangat pembersih...susah betul nak jumpa walaupun botol air ,bekas atau kertas mahupun plastik makanan ringan di mana -mana tempat yang kita lalui..so amazing..kalaulah di Malaysia juga boleh begitu, aku pasti..tiada kotoran dan sampah sarap yang memenuhi jalanraya mahupun dipinggir-pinggir bandaraya. Bahan buangan juga di asingkan mengikut jenisnya samada plastik,kertas, mahupun jenis aluminium atau pun makanan terbuang...semuanya dibuang mengikut kategorinya. Diajarkan juga supaya makanan berlebihan, tidak dibuang ,bahkan dijadikan baja kompos untuk tanaman...semuanya untuk penjimatan.

3) Disiplin..hmm..suka juga memerhatikan gelagat mereka di kala melintas jalan. Sekiranya ada tanda pejalan kaki yg berwarna merah, tidak ada seorang pun yg akan melintasi jalan tersebut..Begitu juga dalam hal menaiki tangga eskalator..setiap pejalan yang menaiki eskalator pasti secara otomatik akan bergerak ke sebelah kiri tangga bergerak tersebut untuk memberi laluan kepada mereka yang ingin bergerak laju menentang masa...kalau kat Malaysia...tidak nampak soal itu diberi pertimbangan.

Satu contoh terbaik yang boleh dikongsi di sini...seorang auntie yang menguruskan Homestay ,tempat penginapan kami. aku benar2 perasan akan disiplin auntie ni...walaupun dalam hal menyusun kasut...reverse parking gitu...kalau nak keluar rumah ,kasut dah tersedia untuk di sarungkan..waa, canggih gitu walaupun dalam hal sekecil2nya.

4)Jepun sangat mengutamakan barangan keluaran sendiri...kecuali yang sememangnya barangan yg selain dari keluaran mereka..seperti contoh..Jepun tidak menghasilkan makanan seperti Kebab dan Mc Donald..makanya, makanan tersebut dibenarkan untuk dijual di sana.Tetapi dalam hal IT dan teknologi yang sememangnya mereka mengunggulinya..jangan harap jenama yg bukan keluaran Jepun akan berada di pasaran mereka.

Pendekata...kita boleh belajar sesuatu yg baik dari mereka, walaupun kita pernah dijajah mereka suatu ketika dahulu...

tu dulu cerita tentang pengalamanku di Jepun...

Part 2...tunggu...apakah dia?

Thursday, June 3, 2010

Hidup biarlah seperti sebutir benih jagung ....

Salam,

Alhamdulillah, dah lama tak menulis...rindu pula rasanya. Sejak berpindah, terpaksa menyesuaikan diri dengan tempat baru tetapi "lama".... kekadang memberi satu cabaran kepada ku untuk menelusuri jalan ini.

Setelah 6 bulan berada di sini...dengan memegang tanggungjawab yang diberi, sememangnya memerlukan kekuatan diri untuk terus mampu memikul amanah ini..aku memohon bantuanMu ya Allah. Mudahkanlah urusan ku sebagai da'i di jalanMu.

Dilantik menjadi Ketua Wanita IKRAM Dungun dan Pengerusi Pelitawanis TNB Cawangan Paka dalam masa yang sama ...memang memberi cabaran untuk ku menguruskan masa yang cuma 24 jam sehari semalam.Kedua2nya memerlukan perhatian yang tidak kurang sama banyaknya..

Buat masa sekarang, aku banyak memainkan peranan dalam Pelitawanis memandangkan banyak aktiviti yang dirancang oleh Ajk mahupun persatuan-persatuan lain dalam TNB sendiri.Masing -masing mahukan program berbentuk kerjasama hingga agak semput juga aku dibuatnya..

Tapi alhamdulillah, inilah yang telah ditentukan Allah dan jalan amal yang telah dilorongkan oleh ALlah swt. Satu jalan amal dalam masyarakat supaya dakwah yang dibawa oleh Rasulullah dapat diperpanjangkan kepada ahli dan masyarakat.

Beberapa aktiviti yaang akan berlangsung di masa yg terdekat ini ialah..Pertandingan Nasyid Pelitawanis peringkat Kebangsaan (2 minggu lagi), Mahligai Kasih(7 minggu lg) dan Karnival Sukan Keluarga (8 minggu lagi). Memang mengujakan tapi memerlukan katahanan badan dan kudrat yang banyak untuk memastikan semuanya dapat berjalan dengan baik.

Sempat juga mengikuti beberapa program Yaasin Pelitawanis dan berpeluang juga menyampaikan Tazkirah pendek selama 30 minit dengan bantuan LCD dan power point agar penyampaian dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Alhamdulillah, ahli- ahli rasa terkesan dan meminta supaya diperpanjangkan lagi penyampaian di masa yang lain. Moga ruang dakwah dan ukhuwwah terjalin di antara aku dan ahli -ahli yang baru dikenali memandangkan aku sebagai Pengerusi baru Pelitawanis di sini..

Untuk IKRAM Dungun....akan ku lakarkan sejarah yang baru bermula ini dengan petunjuk dan izinMu , ya Allah.

Untuk JKPR...akan ku bantu dan teruskan tugasanku sebagai motivator yang ter"hold" sejak beberapa ketika memandangkan masalah kesihatan (batuk) yang mengehad keupayaanku untuk berbicara...

Projek peribadi bersama team MUB...akan kita popularkan program yang sungguh bermakna ini.Harapanku juga, buku MUB..penulisan bersamaku dengan Pak Lang(Mokri) dapat direalisasikan dalam masa terdekat ini. Amin.


Moga Islam terus subur...
Moga sebutir benih jagung melahirkan beribu-ribu jagung yang menjadi penggerak dakwah di muka bumi ini. Amin.

Umi Nita

Friday, February 5, 2010

Al Mathurat ,doa dan Kun Fa Ya Kun...

Salam,

Kuasa Allah siapa yang dapat menghalang...tidak akan berubah walau sedikitpun...tidak akan berganjak walau seinci pun..tidak akan ditunda walau sedetik pun jika itulah kehendak Allah.

Manusia hanya bisa merancang, manusia hanya bisa memikirkan ini dan itu..
manusia hanya layak berusaha...kejayaan atau kebaikan itu adalah hak Allah untuk diberikan kepada siapa sahaja yang disukainya.. meskipun usaha yang dibuat adalah setinggi gunung Everest,sedalam lautan ...namun anugerah dan rahmat Allah swt kepada hambanya ...hanya Allah sahaja yang layak memberinya..

Kebahagiaan....ramai yang mengecapinya...bahkan ramai juga yang tidak memilikinya..kenapa ya.?Bukankah itu hak Allah juga.Sebagai hamba ,kita perlu terus memohon kepada Allah swt dengan penuh ikhlas dan mengharap ! Adakah semua manusia mempunyai takdir yang sama...TIDAK SAMA SEKALI...

Taqdir setiap manusia telah ditentukan oleh ALlah swt...telah tertulis di dalam Lauh MAhfuz....sejak azali lagi....tetapi ianya boleh berubah dan bergerak melalui DOA....ya...doa yang penuh ikhlas kepada Allah swt. Biarpun sesiapa pun yang mendoakan..tetapi kuasa doa dan yang memakbulkan doa...sepenuhnya hak Allah swt..

Kegagalan atau keburukan....ramai juga yang terpaksa melaluinya, meredah segala kepayahan,
segala kesusahan walaupun tiada siapa yang mahukan kegagalan tersebut...Kegagalan dan keburukan...adakah itu merupakan silap kita sebagai hamba?

Pernahkah kita melihat seseorang yang nampak secara zahirnya sangat baik,lemah lembut sangat sabar dan redha...tetapi tetap diuji dengan segala kesusahan dan kepayahan yang tidak dikehendaki oleh sesiapapun juga...Kenapa manusia di uji...kenapa manusia dibiarkan menempuh segala kepayahan dan kesengsaraan?

"Sesungguhnya setiap yang beriman itu pasti akan diuji"....ya kebahagiaan juga merupakan ujian...apatah lagi kegagalan atau kesengsaraan..yang kita lihat sebagai ujian yang sangat besar...

syukur dan redha....2 perkataan yang sangat penting

syukur dengan redha dengan segala ujian dan mengambil segala yang positif dengannya...pasti jiwa kita akan merasa tenang walaupun adakalanya kekadang ujian dan cabaran akan buat kita gabra dan tidak tenang...tetapi "sesungguhnya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang"

Kenapa aku menyebut tentang topik ini hari ini...sebenornya....

Petang semalam kami sekeluarga terlibat dengan kemalangan di jalanraya...tetapi syukur kepada Allah swt kerana memelihara kami ( Aku ,suami dan Angah...kakak di UIAM dan Mujahid di SMIAAK Kemaman tidak terlibat dengan kejadian ini.. )

Ketika sampai di Bukit Bauk, Dungun...kelihatan jalanraya Jammed...tetiba kereta di hadapan kami slow dan brek mengejut...jarak kereta kami(Innova) dengan kereta depan agak jauh juga tetapi disebabkan emergency brake...kami pun turut membuat brek emergency juga,tetapi alhamdulillah tidak melanggar kereta depan......malangnya 2 kereta di belakang kemungkinan berada dalam jarak yang sangat dekat telah melanggar kereta kami...DUM!...hah! apa pulak tu! ...ada orang langgar belakang lah! ...kami keluar untuk melihat bahagian belakang kereta...alhamdulillah,nampak sedikit kemek tetapi tanpa calar...alhamdulillah,syukur ya Allah.

Kami menapak ke belakang melihat kereta belakang, aduh...bonet depan terangkat dan radiator keretanya (Avanza) ...pecah dan air menitis keluar...dibahagian belakang pula alhamdulillah tak nampak kesan sangat kerana kereta tersebut memasang besi dibelakang keretanya.

Yang kesiannya kereta yang dibahagian belakang Avanza tu...sekumpulan pelajar UiTM yang menaiki kereta Myvi kepunyaan kakaknya dari Pahang ke UiTM , melanggar kereta avanza tersebut...hmm...nak dibuat apa lagi ? Masing-masing melihat kereta masing2 dan mula membuat panggilan telefon epada keluarga masing-masing ...kebetulan pula polis peronda sedang meronda...terus ambil statement ,ambil gambar kereta(bukan gambar kami ye...) dan terus kami selesaikan di Balai polis berdekatan,hehe...tak lah dekat,jauh le juga ...

Bab kereta yang melanggar kereta kami tu...kami akan selesaikan di luar je...kesian pula sebab keretanya baru saje keluar bengkel beberapa hari yang lalu...hmm...nak dibuat macamana? dah taqdir lah kan...sabar dan redha je lah...itu je yang boleh buat jiwa menjadi tenang...alhamdulillah,segala yang berlaku tidak memberi kesan kepada jiwa dan hati kami (tidak mengeluh ) kerana yakin segala yang berlaku ada hikmahnya....

Hikmahnya...dapat berkenalan dengan pelanggar tersebut tanpa rasa marah ! Alhamdulillah, Allah memelihara kami sekeluarga...itu yang paling penting.Mungkin juga berkat membaca al Mathurat setiap hari... Yakinlah,dengan berdoa kepada Allah...insyaAllah segala yang berlaku tetap dalam pengetahuan dan pemeliharaan Allah swt...

Moga pemeliharaan Allah berkekalan,insyaAllah....

Umi NITA

Tuesday, February 2, 2010

Aku....Si Rusa dan Labah -Labah....

Salam,

Hissyyyh...dah bersawang laman blog ku ini...Dah lama bonar den tak update sejak berpindah ke Paka Terengganu.

Ramai sahabatku bertanya...ok ke duduk kat sana(Paka) ? Okay....jawabku. Dah sembilan tahun meninggalkan bumi Paka ni, kini kembali semula...adalah juga ala-ala Rusa masuk kampung..eh..eh..Bandar! Tercengang-cengang mencari ..."oh,kedai runcit dah terlepas....alamak,kena pusing balik lah ni"....atau "hah, kat mana pulak kedai ni...dulu ada kat sini...kemana pulak perginya"....Persoalan-persoalan ini merupakan soalan biasa bagi rusa yang sedang masuk kampung...hehe.

Alhamdulillah..... ada pembaharuan dan ada sedikit pembangunan di sana sini.Walaupun tidaklah sepesat seperti di bahagian Pantai Barat..tetapi bagiku yang pernah berada di sini...nampak juga ada perubahannya.Alhamdulillah...itulah yang sepatutnya berlaku sejak dulu lagi kerana rakyat Terengganu wajar dan berhak mendapat segala kemudahan yang sepatutnya mereka dapat.

Beberapa kelemahan ketara sejak dulu adalah sistem perparitannya yang tidak efisien.Bahkan ,banjir juga sering berlaku di tempat yang tidak sepatutnya berlaku...Hmm...hari ini aku menjadi seperti Datuk Bandar pula ! Ye la...walaupun kedudukan Paka sangat hampir dengan pantai..tetapi banjir tetap berlaku..kenapa ya?Mungkin orang akan bertanya...."Eh,Anita...rumah kamu pun kena banjir ke?Hmm...alhamdulillah,kawasan rumahku mempunyai sistem perparitan nya sendiri...tetapi mestikah aku memikirkan kesenangan dan keselesaan keluarga kami sahaja?

Teringat aku akan satu hadis Nabi...
"Tidak beriman seseorang diantara kamu sekiranya tidak mengasihi saudaranya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri"...

Ya...kita kena fikirkan kemaslahatan untuk orang lain juga..bukan hanya memikirkan diri kita sendiri..itu pesanan Nabi Muhammad saw kepada kita yang patut kita fahami dan laksanakan dalam diri kehidupan sesama kejiranan kita.Hatta...jiran yang berada disebelah rumah juga perlu kita jenguk2 selalu...hmm...masih "hidup" lagi ke??...haa..jangan ingat ini perkara lawak ! Kita sangkakan jiran kita pergi ke mana-mana, tetapi rupa-rupanya telah membusuk dimakan ulat disebabkan kita tidak ambil peduli akan mereka!

Hmm...pagi ni nak ke rumah jiran sekejap. Ada hal persatuan yang hendak dibincangkan...


zaaapppppp...............................

AKtiviti NGO....

Alhamdulillah ,telah berjalan seperti biasa. Program Motivasi KBM pun....nampak gayanya akan berjalan rancak juga.Dah berderet dalam jadual perancangan...tetapi aku tidak pasti bila agaknya suara ku boleh berfungsi dengan sempurna dengan batuk-batuk kecil yang masih bersisa...

Ya Allah...sembuhkankan daku dengan kurniaan kesihatan yang baik agar dapat ku teruskan urusan dakwah di jalanMU ini...Amin ya Rabbal 'Alamin...


UmI NiTa

Wednesday, December 16, 2009

Indahnya Ukhuwwah Fillah.....

Salam,

Saat perpindahan semakin hampir terasa.Hanya menghitung hari demi hari. Satu,dua,tiga.....ahh...9 hari sahaja lagi.Begitu cepat masa berlalu dan semakin cepat pula masa berpindah menghampiriku.Kalendar yang ku lihat setiap hari,ku selak dan menghitung harinya...

Oh, rupanya aku tidak boleh bermimpi lagi.Makin ku lihat,semakin kebenaran itu menjengukku.Aku tahu semua ini adalah realiti dan bukan fantasi.

Packer telah dapat dihubungi...katanya mereka akan datang membuat kerja-kerja pembungkusan dan pembalutan 2 hari sebelum kami berpindah.Alhamdulillah,separuh dari tenaga ku dapat ku simpan untuk kerja-kerja menyusun barangan di rumah baruku pula(rumah lama era 70an,fikirku..)

Seminggu yang lepas, beberapa orang rakan ku ingin menziarahi rumahku,tetapi disebabkan aku sedang berprogram ,maka tidak dapatlah mereka menziarahiku .2 hari lepas pula,seorang anak Usrahku ,Huda bersama rakannya Shuhada datang menziarahiku.Katanya nak jumpa juga sebelum Umi berpindah kerana dia akan bercuti panjang dan hanya akan kembali ke Politeknik PD pada 13 Januari nanti.Alahai,memang sangat terasa ulkhuwwah fillah ini.Terasa bagaikan aku akan berpergian jauh, tidak dapat berjumpa lagi.Bagaikan aku akan meninggalkan anakku dalam jangkamasa yang lama.Kesedihan sudah menguasai diriku...

Pagi ini,aku menerima satu panggilan telefon dari seorang lagi anak Usrahku,Dila.Kata..."Kak Nita,esok ada kat rumah tak? Ada,jawabku..."Tak ada lah.....,ahli kumpulan Usrah kita nak buat farewell untuk akak.Jemput semua anak-anak sekali,dan lepas tu ahli Usrah minta akak buat usrah terakhir dengan akak..." sambung Dila lagi."Buat susah je nak buat farewell untuk akak."kataku. Lagi kesedihan menjerut jiwa...bila mereka meminta aku jalankan juga usrah terakhir untuk mereka.Untuk semua ,...demi mahabbah dan kasih sayang ini,insyaallah akan ku penuhi juga.(air mataku mengalir lagi tanpa hentinya...untuk ke sekian kalinya..!!)

Aku memabayangkan kesemua yang ku sayang,walaupun perhubungan dan perjumpaan yang singkat masanya...terpaksa ku tinggalkan tanpa kesediaanku.Mad'u yang sangat baik akhlaq keislamannya dan semangat persaudaraan Islamnya ,memberi aku keselesaan berada di Port Dickson ini.

Aku hanya mampu meninggalkan kenangan manis untuk mereka....berusaha menyantuni mereka sebaik mungkin.Menghormati mereka sebagai saudara Islamku..yang lebih tua ku santuni sebagai ibu mahupun kakak-kakakku.Yang lebih muda,ku sayangi sebagaimana adik-adikku.Oh,manisnya hubungan ini jika semuanya saling hormat menghormati...

Ku berdoa,biarlah hubungan ini kekal manis untuk sepanjang hidupku..Biar ramai sahabat,jangan ada walau seorang musuh !

Ku sayangkan Ukhuwwah Fillah ini.....

"Ya Allah,ya Tuhanku.Engkau Maha Tahu akan kasihku terhadap semua sahabatku.Peliharalah mereka,Kasihilah mereka,tunjukkilah mereka ke jalan yang baik lagi benar.Jadikanlah mereka penyokong dan penegak AgamaMu.Mudahkan juga urusan mereka sebagaimana Kau mudahkan urusanku" Amin, ya rabbal'alamin.


Umi Nita.

Wednesday, November 25, 2009

TSUNAMI DIFIKIRAN KU ....

Salam,

Ya Allah,tenangkanlah jiwaku dan fikiranku.!

Semakin dekat waktu untuk kami sekeluarga berpindah,semakin kacau bilau penyusunan dalam minda ku..apa tidaknya,banyak yang ku fikirkan dan banyak yang memerlukan tindakan...

  • urusan berpindah...walaupun kami telah decide untuk gunakan packer service untuk pack barangan rumah,tapi ia tetap menggangu fikiranku kerana packer belum dicari dan ada juga part yang terpaksa diuruskan sendiri...hmm!
  • 3 Group Usrah yang akan ku tinggalkan..1 yang ku ikuti... 2 yang ku bawa, apatah lagi di saat-saat akhir perpindahan ku, masih ada lagi yang berminat untuk join Usrah hasil dari muayasyah dan ceramah yang ku berikan tempohari..........Ya Allah,mudahkanlah segala urusan kami samada untuk ku yang terpaksa pergi mahupun sahabatku yang terpaksa ku tinggal.
  • team kbm on 9..yang juga terpaksa ku tinggalkan...wasiat dan semangat telahpun diberikan ...tapi nampaknya perpindahan ini memang mengejutkan mereka,keluarga KBM on 9 yang ku sayang..tidak dapat menerima kejutan ini.Ya,aku juga menangis sendirian bila memikirkan semua ini :-(( ...tetapi sahabatku, perjuangan ini tetap perlu diteruskan.Umi yakin antum mampu lakukan...
  • PPWN/PPN ....suamiku akan report duty pada 1 Disember ini di KL dan seterusnya bertolak ke SJSI Paka...maknanya dia sudah memulakan tugasannya di Paka bermula 1 disember,sedangkan aku pula akan meeting JKPRB di PG ,Johor pada tarikh yang sama.Ingatkan ,kami sekeluarga dapat ikut sama ke Paka,tetapi dek jadual yang bertukar,maka kami terpaksa mengikut haluan masing-masing...Bagaimana dengan PPWN/PPN...? Macamana kami nak ke sana sedangkan suamiku masih di Paka? Patutkah kami anak beranak yang tinggal ,drive sendiri ke KK,Perak...atau bagaimana? hmm...banyak persoalan dalam kepala yang membuat fikiranku menjadi kacau...sehingga kini belum ada kata putus lagi untuk menyelesaikan persoalan ini...
  • MUB oh MUB.....projek baru ku bersama Pak Lang dan Bai serta team MUB pada 7 Dis ini di Menara TM,KL ...bila aku memikirkan , mampukah aku lakukan semua ini ? Walaupun Modul MUB ini sebahagiannya aku sendiri yang draft...tetapi bila ianya merupakan projek baru dan aku salah seorang penyampainya , sedikit sebanyak ia tetap memberi tekanan kepada ku...Diharapkan ,meeting di PG nanti mampu melegakan kekalutan fikiranku ini..
  • Ya Allah,tenangkanlah jiwaku yang sedang kalut ini...
alhamdulillah,semalam sempat hadir meeting wjim N9,yang mana aku menjadi TKWnya...aku maklum bahawa aku tidak tahu samada aku sempat hadir lagi meeting selepas ini, maka sebelum pergi mesyuarat aku cuba draft beberapa aktiviti yang dirasakan sesuai untuk mencapai KPI dalam KRA Wanita terutama untuk Wjim N9..

Moga-moga dengan sedikit Input ,diharapkan Wjim N9 dapat maju ke hadapan walaupun aku sekadar singgah sebentar,memberi sedikit sentuhan dalam bebarapa perkara dan semoga sentuhan yang sedikit ini mampu memberi impak yang besar dalam Dakwah ini..

Aku hanya mampu berharap dan berdoa....


Umi Nita.
 

"Setiap Hari Adalah Pelajaran" Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template