Monday, June 22, 2009

BILA SAKIT INGAT ALLAH....BILA SIHAT?? PATUT LEBIH LAGI.....


Salam,

Ooh....aku buntu sebenarnya ! Apa yang nak ku tulis untuk entry kali ini..mungkin aku patut bercerita tentang kesihatan.Walaupun aku bukan seorang doktor,tapi aku mempunyai kenalan seorang doktor,doktor peribadi (di klinik lah...) dan doktor pengubat jiwa (suami ku dan anak-anakku)

Bercakap tentang sakit ,hmm...tentu ramai yang sering berdoa supaya cepat sembuh! Kalau boleh, jam tu juga nak sembuh seperti sediakala.Kita patut bersyukur pada Allah kerana kemungkinan dalam setahun beberapa kali sahaja kita jatuh sakit atau barangkali jarang sekali kita sakit tetapi kerapkalinya kita akan "sibuk berjalan' ke sana sini selagi terdaya kaki kita melangkah....

Bila berkata-kata tentang sakit,baru ni aku telah diuji oleh Allah dengan sakit mata....Masyaallah, sakitnya hanya Allah aje yang tahu.Bukan sakit mata yang biasa-biasa tu...tapi sakit mata di sebabkan oleh 'libasan' secara tidak sengaja dengan hanger @penyangkut baju oleh ku sendiri.Macamana boleh kena...hmm..mungkin kecuaian ku sendiri...atau takdir Illahi...(hehe...bila bab sakit...semuanya takdir ye!) Aku tak sangka...ketika aku cuba buang plastik pakaian (baru ambil pakaian dari Laundry)...tiba-tiba hanger yang ku pegang melentur seperti nak lastik burung tu .... ter "bidas" ke mataku sendiri...Mak Oii...sakitnye!! terkelip-kelip mata ku menahan sakit.Aku menekup mataku agak lama.

Aku masih lagi dapat menahan sakitnya...sehinggalah pada malamnya hinggalah keesokan harinya ketika kami 3 beranak(aku,suami dan anak lelakiku Mujahid) sedang bersiap hendak balik ke Sg Petani,kampung kelahiranku, pada hari Isnin minggu kedua cuti sekolah. Memang sakit sungguh.....sebelum bergerak ke Sungai Petani aku pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan memandangkan semalaman aku tak dapat tidur.Berbaring salah,mengiring salah, tidur berbantal tinggi pun tak kena...pendekata memang sakit sangat sangat !!.

Bila berjumpa doktor,doktor yang agak lemah lembut tu berkata "Puan,saya nasihatkan puan guna ointment dan antibiotik yang saya bagi ni.Masukkan dalam mata puan dan kalau boleh puan tutuplah mata puan supaya mata tu cepat sembuh" , kata doktor yang merawat ku.

Aku bertanya pula..."Doktor, nak tutup mata yang bagaimana yang doktor maksudkan tu...", soal ku lagi.Biarlah soalan yang ku tanya tadi soalan bodoh pun,tidak mengapa lah asalkan aku jelas dengan saranan doktor tadi,aku berkata dalam hati.

"Eloklah buat sementara waktu ni Puan tutup mata dengan gauze ni dan tampalkan dimata puan....ala macam lanun tu! "....hahaha...aku tergelak besar! Aku menoleh kepada suamiku yang sedang tersenyum.Agaknya tengah membayangkan wajahku yang ala-ala lanun tu...Hai !!! takkan lah sepanjang perjalanan aku kena berkeadaan begitu? Pakai pakaian sikit punya lawa,wajahku pulak macam lanun !! . Eeeiii....tak nak lah aku.Tak patut !! tak patut!! Kalau bagi cadangan suruh aku pakai penutup mata seperti dalam kapal terbang dan aku pulak dapat tidur sepanjang jalan...best juga.Ini...disuruhnya aku pakai tutup mata yang bersilang seperti lanun... rasanya sampai tahun depan pun takkan ku ikut cadangan sebegitu...(kes malu le ni...)

"Tak pe lah doktor,terima kasih lah ya,kami balik dulu....", kataku lalu bergerak keluar dari bilik rawatan.Lepas mengambil ubat,kami pun meneruskan perjalanan balik ke Sg Petani.Rupa-rupanya....Allahu Akbar....sakit mataku bertambah teruk.Berdenyut-denyut dan telah menyebabkan keseluruhan kepalaku terasa mencengkam-cengkam sakitnya .Rasa seperti nak demam pun ya juga... Airmata mengalir keluar dari kelopak mata kiri ku yang sakit tadi dengan laju dan tanpa henti....Aku seperti sedang menangis pula.Ini mungkin akibat dari ketegangan mata dan tekanan di urat saraf yang telah luka di dalam mata ku...

Ya Allah,ini hanyalah kesakitan dan dugaan Mu yang amat sedikit .Luka yang sangat kecil di dalam mata,tetapi azabnya..hanya Engkau dan orang yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu.

Kami singgah di Seri Iskandar, Perak, menjenguk rumah kecil milikku di situ.Menguruskan dan membereskan bil-bil air dan elektrik yang dah berbulan tak berbayar di sebabkan perpindahan kami ke PD.Singgah sebentar di Microcentric,kedai komputer yang diuruskan oleh akhi Karim, solat jamak Zuhur dan Asar di situ sebelum meneruskan perjalanan ke Sg Petani..

Sebelum ke Microcentric dan pulang ke Sg Petani...aku dapati ada sebuah kedai kacamata yang terletak berhampiran dan tanpa banyak soal aku mengajak suamiku masuk ke dalam kedai tersebut dengan tujuan untuk membeli spek mata hitam.Setelah mencuba beberapa jenis kacamata,dengan mencubanya berkali-kali di bawah terik mentari,akhirnya aku berjaya mendapat sebingkai kaca mata yang tak pernah pun aku merancang untuk membelinya. Aku telahpun mempunyai sebuah kacamata hitam,tetapi tertinggal pula di rumah dan aku tidak tahu sakit mata ku begitu teruk sekali sehingga memaksa aku membeli yang baru.

Huhh ....malunya ketika berjalan dan ketika berada di dalam kedai juga terpaksa memakainya !! Aku terfikir, jika tak pakai spek ni ,mataku akan mengalirkan airmata kerana ketegangan dan tekanannya,biar aje lah...kata hati kecil ku. Aku sempat lagi bertanya suamiku "Bang,tak malu ke jalan dengan Umi dengan spek mata hitam ni ?" Hmm....... tahu tak apa jawapan suamiku? Kata suamiku " Isyh...apa pulak malunya, jalan dengan Artis! ",...... "Eh,ini perli ke betul ni bang? Sakatku lagi ", Aku tahulah nama ku Anita...nama yang universal dan glamour.....hehehe... Ramai orang menggunakan nama ini baik Cina ,India,orang kulit Putih dan sebagainya.

Sebenarnya...nama ini jika diberi pilihan,bukan pilihanku kerana aku mempunyai kisah di sebalik nama ini....hmmm....biarlah ia menjadi rahsia.Nak tahu ke? tak payah lah...bukan seronok pun cumanya orang yang memberi namaku inilah yang paling seronok sekali !! Dan untuk mendapatkan nama ini....perlu di "UNDI" !!! Ya...undi,dalam banyak-banyak nama tu "cabut" lah satu nama...maka nama yang terkeluar adalah nama ANITA.....isyh,isyh...kisah lama usah dikenang lagi! Siapa nak tahu selanjutnya perlulah berjumpa dengan ku untuk mendapatkan kisah selanjutnya.. serta jangan lupa bawa hati nyamuk 5 dulang...cukup le !!

Banyaklah kisah yang berlaku selanjutnya di Sg Petani tu.Berjumpa adik dan abang-abangku, ibu saudaraku, ziarah kakak ipar yang baru melahirkan anak, dan kunjungi tempat-tempat yang ingin kami kunjungi dalam masa 3 hari bermula Isnin hingga Rabu.Memang seronok bila sekali sekala balik kampung.

Aha...lupa pulak nak beritahu...aku terjumpa selebriti ketika makan tengahari di sebuah restoran Ikan Bakar di Kepala Batas.Ustazah Siti Norbahyah!! Sempat bertanya khabar dan berbual ketika kami sama-sama membasuh tangan di singki.Dia sedang bercuti bersama keluarga dan berada di Kepala Batas untuk bertemu dengan kawan lamanya.

Aku rasa cukuplah serba sedikit cerita ku tadi tetapi apa yang ingin aku kongsikan sebenarnya adalah seperti dibawah.....

Ok....aku suka mengajak anda semua ,sahabat-sahabatku dan rakan-rakan ku yang meluangkan masa membaca tulisan ku ini supaya dapat di jadikan iktibar dari apa yang ku alami.

Apa yang ku rasai dan fahami dari ujian yang sedikit ini ialah kita perlulah gunakan kesempatan yang ada ini dengan baik sekali. Lihatlah keadaanku bila sakit....terjejas sedikit sahaja penglihatan dan sakitnya akan memberi satu peringatan dan pengajaran supaya aku memelihara mata dengan lebih baik,jangan lalai dan perlu sentiasa berhati-hati dalam memelihara mata kita .

Kita patut bersyukur sekali kerana masih lagi boleh melihat walaupun sakit.Aku membayangkan insan-insan yang tidak dapat melihat sejak lahir atau ditimpa musibah...bagaimanalah keadaan mereka menempuh kehidupan ini.Sungguh mencabar ya Allah.Moga Engkau melimpahkan rahmatMu pada mereka yang sabar ini, Ya Allah.... dengan kesabaran para ambiya'.

Kita juga perlu melihat nikmat lain yang Allah berikan kepada kita,yang diberiNya tanpa meminta bayaran apa-apa.Selain dari mata, telinga ,lidah,akal,kaki ,tangan kemaluan dan sebagainya....perlulah dipelihara dan jaga dengan baik....dijaga dengan baik bermaksud...guna pada perkara yang makruf,yang baik dengan cara yang halal dan bukan yang boleh merosakkan atau juga maksiat yang akan membawa kehancuran terhadap kita samada masih hidup di dunia atau di akhirat sana.

Aku ingin mengingatkan diri ku,keluargaku serta sahabat-sahabatku supaya menjaga amanah Allah ini seperti menjaga nyawa kita sendiri....adakah barangkali orang yang tidak sayangkan nyawanya sendiri ?? Mungkin ada...bagi mereka yang tiada iman dalam jiwanya !!

Aku seringkali membaca ayat-ayat Quran yang sentiasa mengingatkan kita seperti dalam surah Ar Rahman yang ditanya berulang-ulang kali.....agar kita lebih mengambil erti.

"Maka NIKMAT Tuhan yang manakah yang kamu DUSTAKAN? ....

Aku jadi gementar bila membacakan ayat-ayat ini....ampunkan aku Ya ALLAH di atas setiap kelalaianku dalam memelihara nikmat Mu selama ini...Mungkin tanpa kesedaran ku, berlaku kelalaian ini ....

Bagaimanakah dengan sahabat semua.......renungilah diri kita!!


Nukilan ,

Umi NITA....hamba Allah yang amat Kerdil sekali....

22/6/09

Sunday, June 14, 2009

RONDA-RONDA....CARI PENGALAMAN DAN MELIHAT KEAGUNGAN ALLAH

Salam,

Alhamdulillah...aku diberi kesempatan menulis lagi dengan izin Allah.Sepanjang cuti sekolah 2 minggu ni....banyak juga aktiviti yang ku serta keluarga jalani.Walaupun suamiku tidak dapat bercuti pada awal minggu cuti sekolah,namun pandai pandailah kami anak beranak memenuhkan masa lapang ni.

Masing-masing merangka jadual apa yang nak dibuat,kemana nak pergi,di mana nak ziarah dan berapa budget yang perlu disediakan....

Sebenarnya dalam pemikiran ku banyak perkara yang ku fikirkan.Dari hal kebajikan dan keperluan peribadi,anak-anak,suami,keluarga dan juga rakan-rakan....semuanya sarat dalam pemikiran.Perlu disusun semula ranking dan prioritynya....

2 minggu lepas,aku dan anak sulungku Izzah pergi ke Klinik gigi..."Sakitlah gigi geraham kakak yang baru tumbuh ni"...kata anakku.Tak pe lah...nanti jumpa doktor cabutlah,sambil tu tengoklah mana-mana gigi yang berlubang dan perlu ditampal...kataku.

Bila jumpa doktor gigi dan urusan mencabut gigi pun selesai...aku terfikir pula jika aku juga boleh buat appointment untuk perjumpaan seterusnya untuk diriku sendiri...

Bila tiba masanya kami dikehendaki pergi ke Klinik Gigi...aku terfikir lagi...kenapa tidak anak bongsu lelakiku saja yang menggantikan tempatku...lagi pun sekarang ni cuti sekolah. Hmm...ya tak ya juga...maka bergantilah tempat aku dengan anakku...(emm....berkorban lagi untuk kali yang berapa entah ! )Aku rasa semua ibu seperti aku...ingatan untuk anak-anak lebih dari diri sendri.Tetapi aku tetap merancang untuk berjumpa dengan doktor gigi di lain kali.Jangan sampai ada gigi rosak baru nak buat pemeriksaan....kataku lagi.

Kami juga merancang melawat tempat baru yang tidak pernah kami lawati. Hujung minggu pertama cuti sekolah, tiba -tiba suami ku buat pengumuman....

"Ok..kali ni kita akan pergi ke Muar dan Batu Pahat pulak!" ...kata suami ku.Anak-anakku melonjak kegirangan walaupun 2 orang dari anakku berada di asrama samada di IKBN atau UIAM,mereka sudah mula "mencari jalan" untuk pulang semata-mata untuk turut sama ikuti lawatan kali ini.

Aku rasa sepanjang perkahwinan ku yang selama 23 tahun ini,belum pernah pun kami menjejakkan kaki ke Muar mahupun Batu Pahat...walaupun pernah sampai ke Johor Baru tetapi kami tidak pernah singgah di kedua-dua tempat ini.

"Ok juga ! "...kataku dalam hati.Muar dan Batu Pahat merupakan tempat yang belum pernah kami sampai ,sudah tentulah memberikan satu perasaan yang luarbiasa dan berkeinginan tinggi untuk ke sana.Bertolak seawal pagi selepas subuh,bersarapan nasi lemak di Melaka dan kemudiannya kami meneruskan perjalanan ke Muar.Rupa-rupanya Muar sangat hampir dengan Melaka...tak pernah ku tahu sebelum ini.

Sampai di Muar seawal jam 9.30 pagi, perkara pertama yang ku ingat ialah adanya sahabat-sahabatku di sini...walaupun tidak bercadang untuk berhubung dengan mereka tetapi dalam hati tetap teringatkan ukhti Sazira yang tinggal di Muar.Kami juga bersiar-siar dengan menaiki bot Muar River Cruise yang membawa kami sepanjang Sungai Muar.Terasa hembusan bayu yang nyaman ketika menaiki bot tersebut.Lama juga aku tak berpeluang merehatkan diri seperti ini...

Setelah selesai meronda-ronda di Muar,kami teruskan perjalanan ke Batu Pahat.Hmm...ada apa di Batu "kena"Pahat ni.... yang kami tahu setelah membaca peta dan maklumat tentang Batu Pahat ,terdapat restoran Nasi Beriani yang sangat popular di sini.Namaya Nasi Beriani Mat Shah.Di....mana ya?.Alamak! Lupa pulak nama tempat tu....

Sebelum bertolak sejak pagi lagi,kami memutuskan untuk bermalam di Batu Pahat...tetapi kami mengambil keputusan untuk balik semula ke Port Dickson setelah mendapati kurangnya tempat menarik yang boleh "mengikat" kami untuk bermalam di sana..Kami juga bersiar-siar di bandar tersebut dan juga pergi ke satu tempat yang diberi nama "Minyak Beku"...kenapa agaknya diberi nama tersebut tidaklah pula kami tahu...mungkin satu ketika dulu pernah terjadi tumpahan minyak di Laut dan telah menjadi beku...ye ke?...Oh! ini andaian ku saja.Tidak ada penerangan yang ditulis bila kami tiba di kawasan tersebut.Rupa-rupanya tempat yang kami lawati yang diberi nama Minyak Beku tu hanya lah kuala sungai ...bukan juga tempat yang boleh dibuat mandi manda...agak kecewa juga anak-anakku.Yang ada cuma sebuah gerai yang menjual makanan di situ.

Dalam perjalanan,kami sekeluarga dikejutkan dengan satu signage atau papantanda yang melucukan menyebabkan kami ketawa hingga hampir-hampir pecah perut. Satu tempat yang diberi nama "TONGKANG PECAH"....begitu hebat sekali nama yang diberi!! ...aku membayangkan pastilah pernah terjadi kejadian tongkang yang sarat dengan muatan yang telah pecah ditengah lautan sehingga nama tersebut diambil menjadi nama tempat berkenaan....

Seringkali aku mengaitkan Tongkang Pecah dengan keadaan yang berselerak jika anak-anakku menyepahkan ruang rumah mahupun bilik mereka....Yang menghairankan kami,ada juga kedai mahupun taman perumahan yang turut diberi nama yang dikaitkan dengan Tongkang Pecah ini.Sudah tidak ada nama lain lagi kah agaknya...hmm...mungkin juga nama tersebut sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat tempatan di situ.Aku terfikir pula,bukankah kita disuruh memberi nama yang baik-baik untuk mencerminkan sesuatu itu elok pada pandangan dan pemikiran...

Aku sering melihat tanda nama yang terdapat di restoran mamak..."Azahar Maju"...atau "Nasi Kandar Maju"...Restoran Ali Maju"...pendekata semuanya ditulis "MAJU" di hujungnya.Apa yang boleh kita fikirkan dari hal pemberian nama dan penyebutannya? Sebenarnya...Penyebutannya sahaja merupakan satu doa....Doa supaya perniagaan mereka maju dan berkembang.Aku telah lihat betapa berkesannya doa mereka kerana rata-rata Restoran Mamak telah menguasai industri makanan di Malaysia....betul tak?

Apa ada pada nama...ya? Ya, nama yang baik akan memberi...impak yang baik ,insyaallah !!

Akhirnya kami sekeluarga pun pulang dan dalam perjalanan, kami bercadang untuk singgah di Melaka dan jika keadaan ok (ok...bermakna jalanraya tidak sibuk dan sarat dengan pelancong) kami akan bermalam di sana..Rupa-rupanya,keluar sahaja dari Tol Ayer Keroh, kelihatan jalanraya sangat sesak hingga suamiku mengambil keputusan untuk membuat U-turn dan meneruskan perjalanan pulang ke Port Dickson semula.Kami pasti,jika di muka pintu Melaka pun sudah sesak,apatah lagi di bandarnya yang sempit itu..

Alhamdulillah...Kami bersyukur padaMu ya Allah kerana telah memberi kami peluang untuk berjaulah , melawat dan memerhati alam ciptaan Mu...Melihat kebesaran Allah di sepanjang perjalanan dan memelihara kami sekeluarga dari sebarang bahaya serta selamat dalam perjalanan.

Kami juga dapat mengambil pengajaran berguna sepanjang perjalanan kami dan pengalaman ini adalah satu Pelajaran yang sangat berguna bagi ku dan kami semua.....Bagi ku setiap detik dan saat sangat berharga....

"SETIAP HARI ADALAH PELAJARAN"

UMI NITA.
 

"Setiap Hari Adalah Pelajaran" Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template