Monday, October 19, 2009

Berita yang menyedihkan...

salam,

Jam 9 malam tadi terima berita:

"Umi tolong siasat"...fikirkan minta disiasat apa,tetapi bila dibaca keseluruhan berita tersebut,mengatakan ex peserta KBM SMTPD baru meninggal dunia.Innalillahiwainnailaihirrajioun...

Terima sms dari fc perempuan dari KUIM,'Ismah."Umi betul ke berita ni"...sekejap pula terima lagi berita yang serupa.Umi terus menelefon fc yang mendapat berita ni iaitu Asyraf,untuk mengesahkan samada benar atau tidak berita kematian ni.Bukannya apa,berita kematian ni perlukan pengesahan dan bukannya boleh dibuat main-main.

Asyraf mengiakan dan mengatakan bahawa dia menerima 2 sms dari sahabat allahyarham.
Kemudian sekali Umi telah menelefon Asyraf, fc KUIM dan Asyraf telah mengesahkan yang dia menerima 2 sms yang sama dari ex peserta KBM yang mengatakan sahabat mereka Ayoi atau nama penuh arwah Shahrul telah meninggal dunia.

Allahyarham juga merupakan di antara peserta yang membuat persembahan ala ragbi dalam kumpulannya semasa sessi Army Yell/ Laungan semangat.sungguh bersemangat sekali kumpulan itu.

Dimaklumkan juga,Allahyarham telah bermimpi berjumpa dengan seorang yang berpakaian putih yang mengatakan bahawa Allahyarham tidak dapat mengambil keputusan SPM tahun ini .Mimpi ini telah diceritakan kepada rakannya yang turut memaklumkan kepada fc Asyraf KUIM ini.

Perubahan ketara yang berlaku selepas mengikuti KBM ialah sebelumnya Allahyarham sering malas untuk bersolat,tetapi selepas KBM, Allahyarham tekun mengerjakan solat di Surau.

Alhamdulillah .Mudah-mudahan taubat Allahyarham diterima oleh Allah swt.

Allahyarham meninggal dunia kerana kemalangan pada jam 3 ptg tadi on the way balik ke Port Dickson dan telah selamat dikebumikan di Selangor(tempat tak tahu pulak Umi ). Umi baru dapat pengesahan berita dari Cg Fatimah sekejap tadi dan memaklumkan pelajarnya Shahrul Azizi pelajar Tingkatan 5 Amalan Bengkel Mesin yang telah meninggal dunia.

Sama-sama kita sedekahkan Al fatihah.Moga Allah mengampunkan semua dosa Allahyarham serta digolongkan dikalangan orang2 yang beriman dan para solihin.Ameen.

Masanya telah tiba, bila pula waktu kita.....moga Allah mengampunkan dosa kita juga.



Umi.





Monday, October 12, 2009

SUNYI NYA BILA SEMUA TIADA DI RUMAH...



SALAM,

Dengan keriuhan piliharaya Bagan Pinang yang sangat hampir dengan rumahku ,kehadiran 2 keluarga -adik -adik ipar ku ke rumah kami ,kehadiran Pak Lang(akhi Mokri dan anak-anak) yang bermalam di rumah kami sewaktu berKBM dan kesibukan ku menguruskan program KBM SMTPD yang berlangsung pada hari yang sama...membuatkan ku sangat sibuk meladeni kesemuanya sekaligus...

Pada ku,kesemua ini menjadi sangat biasa bagi keluarga kami. Suasana menyambut tetamu yang berturut- turut pada masa yang sama seperti satu kebetulan yang sentiasa di aturkan oleh Allah swt..Ini juga menguji bagaimana aku menguruskan kehadiran dan kebajikan beberapa perkara dalam masa serentak.

Kebiasaannya begitu...sekiranya menerima tetamu,sudah pasti kami akan menerima sehingga 3 atau 4 kali lawatan rakan ,keluarga mahupun jiran dalam masa satu hari yang sama .Kami juga sudah pandai mengagak,sekiranya seorang atau sebuah keluarga yang datang pasti akan menyusul pula keluarga2 yang lain...alhamdulillah.Mungkin berkat dengan rasa senang hati menerima kehadiran tetamu,maka keluarga kami sentiasa mendapat rezeki dalam keadaan yang tidak disangka-sangka...

2 orang adik iparku yang sudah berkeluarga yang masing masing mempunyai 2 orang dan seorang anak sangat memeriahkan keluarga ku.Pun begitu,disebabkan ku terpaksa menguruskan Pgm KBM di SMTPD,maka terpaksa ku menyerahkan urusan melayan tetamu dari kalangan ahli keluarga suamiku kepada suami ku ..alhamdulillah,mereka memahaminya kerana seringkali aku memberitahu mereka yang aku terlibat dalam mengendalikan pgm motivasi di sekolah-sekolah...kini baru lah mereka melihat dengan mata kepala sendiri akan kesibukan ku jika terpaksa mengendalikan urusan ini.. Kepulangan ku pada awal pagi setelah berprogram dan keluar seawal jam 8.00 pagi setelah menyediakan apa yang patut, dilihat dengan rasa kehairanan oleh adik-adik ku.

Itulah adat bekerja di jalan dakwah... kadangkala memberikan rasa heran kepada mereka bagaimana aku boleh mendapat kekuatan untuk terus berprogram...suami ku pernah berkata pada ku..'Umi ni kuat dengan semangat je,kalau diharapkan kekuatan,memang tak terdaya untuk melakukan kerja-kerja yang mencabar ini"...memang betul kata suamiku.Semangat,azam,tekad dan melakukan kerja-kerja dakwah ikhlas kerana Allah swt sahajalah yang menjadi inspirasi dan dapat menzahirkan semua kekuatan ku untuk bekerja di medan ini....


KBM SMTPD...

Menguruskan, menjaga kebajikan dan karekter semua fc juga motivator sangat menyeronokkan ku.Apa tidaknya...melalui program ini,ramai fc dan peserta pgm yang ku anggap seperti anak-anak dan adik-adik ku,memanggil ku Umi...ya,aku mempunyai ramai anak buah setiap kali program berlangsung dan ini sangat membahagiakan diriku..Aku juga berdoa agar inilah juga bentuk pahala multi level yang bakal ku perolehi jika diniatkan ikhlas kerana Allah swt.

Kesedaran dan titisan airmata peserta, turut membuatkan ku mengalirkan airmata. Titisan airmata yang mengalir mampu melembutkan jiwa yang keras,membasahkan jiwa yang kering kontang ,menambah deria rasa keinsafan akan diri sendiri yang banyak melakukan dosa samada secara sedar mahupun tidak..

MUJAHID KE KEM 1 MALAYSIA..

Memang sunyi terasa bila anak lelakiku pergi ke KEM selama 4 hari...sengaja ku usik Mujahid...
"Hmmm...tu nak tinggal Umi lah tu, tinggal Umi sorang-sorang di rumah ni.."apa jawapannya?.
"Ala...Mujahid bukan nya pergi lama pun..4 hari je.Tu pun nak suruh Mujahid tinggal kat Asrama!" Fuuuh !!! pulang paku buah keras!! Bukannya apa.Kadangkala bila Mujahid kesunyian di rumah,mulalah dia memberitahu ku"Umi,Mujahid nak adik lah'...hah...nak adik? Aku mula menggaru kepala yang tidak gatal....

Jawapanku mudah aje..."Ala...Mujahid belajarlah rajin-rajin,boleh masuk asrama,kat asramakan ramai kawan"...

Jadinya...itulah jawapan yang dipulangkan kepada ku...ayat nafi...untuk masuk asrama!!

Umi.
 

"Setiap Hari Adalah Pelajaran" Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template