Sunday, June 14, 2009

RONDA-RONDA....CARI PENGALAMAN DAN MELIHAT KEAGUNGAN ALLAH

Salam,

Alhamdulillah...aku diberi kesempatan menulis lagi dengan izin Allah.Sepanjang cuti sekolah 2 minggu ni....banyak juga aktiviti yang ku serta keluarga jalani.Walaupun suamiku tidak dapat bercuti pada awal minggu cuti sekolah,namun pandai pandailah kami anak beranak memenuhkan masa lapang ni.

Masing-masing merangka jadual apa yang nak dibuat,kemana nak pergi,di mana nak ziarah dan berapa budget yang perlu disediakan....

Sebenarnya dalam pemikiran ku banyak perkara yang ku fikirkan.Dari hal kebajikan dan keperluan peribadi,anak-anak,suami,keluarga dan juga rakan-rakan....semuanya sarat dalam pemikiran.Perlu disusun semula ranking dan prioritynya....

2 minggu lepas,aku dan anak sulungku Izzah pergi ke Klinik gigi..."Sakitlah gigi geraham kakak yang baru tumbuh ni"...kata anakku.Tak pe lah...nanti jumpa doktor cabutlah,sambil tu tengoklah mana-mana gigi yang berlubang dan perlu ditampal...kataku.

Bila jumpa doktor gigi dan urusan mencabut gigi pun selesai...aku terfikir pula jika aku juga boleh buat appointment untuk perjumpaan seterusnya untuk diriku sendiri...

Bila tiba masanya kami dikehendaki pergi ke Klinik Gigi...aku terfikir lagi...kenapa tidak anak bongsu lelakiku saja yang menggantikan tempatku...lagi pun sekarang ni cuti sekolah. Hmm...ya tak ya juga...maka bergantilah tempat aku dengan anakku...(emm....berkorban lagi untuk kali yang berapa entah ! )Aku rasa semua ibu seperti aku...ingatan untuk anak-anak lebih dari diri sendri.Tetapi aku tetap merancang untuk berjumpa dengan doktor gigi di lain kali.Jangan sampai ada gigi rosak baru nak buat pemeriksaan....kataku lagi.

Kami juga merancang melawat tempat baru yang tidak pernah kami lawati. Hujung minggu pertama cuti sekolah, tiba -tiba suami ku buat pengumuman....

"Ok..kali ni kita akan pergi ke Muar dan Batu Pahat pulak!" ...kata suami ku.Anak-anakku melonjak kegirangan walaupun 2 orang dari anakku berada di asrama samada di IKBN atau UIAM,mereka sudah mula "mencari jalan" untuk pulang semata-mata untuk turut sama ikuti lawatan kali ini.

Aku rasa sepanjang perkahwinan ku yang selama 23 tahun ini,belum pernah pun kami menjejakkan kaki ke Muar mahupun Batu Pahat...walaupun pernah sampai ke Johor Baru tetapi kami tidak pernah singgah di kedua-dua tempat ini.

"Ok juga ! "...kataku dalam hati.Muar dan Batu Pahat merupakan tempat yang belum pernah kami sampai ,sudah tentulah memberikan satu perasaan yang luarbiasa dan berkeinginan tinggi untuk ke sana.Bertolak seawal pagi selepas subuh,bersarapan nasi lemak di Melaka dan kemudiannya kami meneruskan perjalanan ke Muar.Rupa-rupanya Muar sangat hampir dengan Melaka...tak pernah ku tahu sebelum ini.

Sampai di Muar seawal jam 9.30 pagi, perkara pertama yang ku ingat ialah adanya sahabat-sahabatku di sini...walaupun tidak bercadang untuk berhubung dengan mereka tetapi dalam hati tetap teringatkan ukhti Sazira yang tinggal di Muar.Kami juga bersiar-siar dengan menaiki bot Muar River Cruise yang membawa kami sepanjang Sungai Muar.Terasa hembusan bayu yang nyaman ketika menaiki bot tersebut.Lama juga aku tak berpeluang merehatkan diri seperti ini...

Setelah selesai meronda-ronda di Muar,kami teruskan perjalanan ke Batu Pahat.Hmm...ada apa di Batu "kena"Pahat ni.... yang kami tahu setelah membaca peta dan maklumat tentang Batu Pahat ,terdapat restoran Nasi Beriani yang sangat popular di sini.Namaya Nasi Beriani Mat Shah.Di....mana ya?.Alamak! Lupa pulak nama tempat tu....

Sebelum bertolak sejak pagi lagi,kami memutuskan untuk bermalam di Batu Pahat...tetapi kami mengambil keputusan untuk balik semula ke Port Dickson setelah mendapati kurangnya tempat menarik yang boleh "mengikat" kami untuk bermalam di sana..Kami juga bersiar-siar di bandar tersebut dan juga pergi ke satu tempat yang diberi nama "Minyak Beku"...kenapa agaknya diberi nama tersebut tidaklah pula kami tahu...mungkin satu ketika dulu pernah terjadi tumpahan minyak di Laut dan telah menjadi beku...ye ke?...Oh! ini andaian ku saja.Tidak ada penerangan yang ditulis bila kami tiba di kawasan tersebut.Rupa-rupanya tempat yang kami lawati yang diberi nama Minyak Beku tu hanya lah kuala sungai ...bukan juga tempat yang boleh dibuat mandi manda...agak kecewa juga anak-anakku.Yang ada cuma sebuah gerai yang menjual makanan di situ.

Dalam perjalanan,kami sekeluarga dikejutkan dengan satu signage atau papantanda yang melucukan menyebabkan kami ketawa hingga hampir-hampir pecah perut. Satu tempat yang diberi nama "TONGKANG PECAH"....begitu hebat sekali nama yang diberi!! ...aku membayangkan pastilah pernah terjadi kejadian tongkang yang sarat dengan muatan yang telah pecah ditengah lautan sehingga nama tersebut diambil menjadi nama tempat berkenaan....

Seringkali aku mengaitkan Tongkang Pecah dengan keadaan yang berselerak jika anak-anakku menyepahkan ruang rumah mahupun bilik mereka....Yang menghairankan kami,ada juga kedai mahupun taman perumahan yang turut diberi nama yang dikaitkan dengan Tongkang Pecah ini.Sudah tidak ada nama lain lagi kah agaknya...hmm...mungkin juga nama tersebut sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat tempatan di situ.Aku terfikir pula,bukankah kita disuruh memberi nama yang baik-baik untuk mencerminkan sesuatu itu elok pada pandangan dan pemikiran...

Aku sering melihat tanda nama yang terdapat di restoran mamak..."Azahar Maju"...atau "Nasi Kandar Maju"...Restoran Ali Maju"...pendekata semuanya ditulis "MAJU" di hujungnya.Apa yang boleh kita fikirkan dari hal pemberian nama dan penyebutannya? Sebenarnya...Penyebutannya sahaja merupakan satu doa....Doa supaya perniagaan mereka maju dan berkembang.Aku telah lihat betapa berkesannya doa mereka kerana rata-rata Restoran Mamak telah menguasai industri makanan di Malaysia....betul tak?

Apa ada pada nama...ya? Ya, nama yang baik akan memberi...impak yang baik ,insyaallah !!

Akhirnya kami sekeluarga pun pulang dan dalam perjalanan, kami bercadang untuk singgah di Melaka dan jika keadaan ok (ok...bermakna jalanraya tidak sibuk dan sarat dengan pelancong) kami akan bermalam di sana..Rupa-rupanya,keluar sahaja dari Tol Ayer Keroh, kelihatan jalanraya sangat sesak hingga suamiku mengambil keputusan untuk membuat U-turn dan meneruskan perjalanan pulang ke Port Dickson semula.Kami pasti,jika di muka pintu Melaka pun sudah sesak,apatah lagi di bandarnya yang sempit itu..

Alhamdulillah...Kami bersyukur padaMu ya Allah kerana telah memberi kami peluang untuk berjaulah , melawat dan memerhati alam ciptaan Mu...Melihat kebesaran Allah di sepanjang perjalanan dan memelihara kami sekeluarga dari sebarang bahaya serta selamat dalam perjalanan.

Kami juga dapat mengambil pengajaran berguna sepanjang perjalanan kami dan pengalaman ini adalah satu Pelajaran yang sangat berguna bagi ku dan kami semua.....Bagi ku setiap detik dan saat sangat berharga....

"SETIAP HARI ADALAH PELAJARAN"

UMI NITA.

0 comments:

 

"Setiap Hari Adalah Pelajaran" Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template