Monday, July 27, 2009

HAWARIYUN DI JALAN ALLAH.....

Salam....

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt kerana mengabulkan doa-doaku selama ini...selepas sahaja mengungkapkan kata-kata akhir semasa perletakan jawatan sebagai KW Negeri Perak pada bulan Februari 2009,akhirnya apa yang ku hasratkan telah dikabulkankan Allah swt setelah diberi sedikit ujian menguji kesabaran dalam penantian...

Ujian dalam berbentuk menguji kesabaran telah pun aku lalui iaitu diberi waktu senggang yang banyak kerana aku.... 'TIDAK SUKA BERDIAM DIRI"...atau lebih senang disebut pasif dan tidak aktif dalam dakwah'...

Di antara perkara yang ku sebut sewaktu ucapan penutup dan perpisahan itu ialah.."Ana ingin berbuat sesuatu yang tidak dapat ana buat semasa menjadi KW iaitu menjadi MOTIVATOR dalam masyarakat.Sebelum ni ,ana hanya lakukan tugasan rutin sebagai KW dan sebagai pembantu kecil-kecilan dalam program KBM selaku menjadi JK Kebajikan untuk Fasi dan Pengendali dan menjadi Ketua Fasilitator Perempuan.Untuk menjadi pengendali...emm...aku hanya memerhati dari jauh...mungkin kerana pengendali sudah mencukupi atau aku hanya menunggu masa yang sesuai untuk terjun secara bersungguh-sungguh.

Kemungkinan juga,dengan tugasan KW yang agak padat membuatkan aku hanya tunggu dan lihat untuk menjalankan tugasan sebagai motivator/pengendali...

Alhamdulillah,di tempat baru kini ....KBM merupakan perkara baru di sini.Bagiku yang telah bertahun-tahun dan sudah berdarah daging dengannya...terasa amat rindunya dengan program2 yang seumpama ini sekiranya tidak melaksanakannya.Masakan tidak,KBM merupakan satu-satunya program yang bisa membuatkan airmataku mengalir sepanjang program...walaupun telah bertahun-tahun aku melaluinya...Program SENTUHAN ROHANI...yang sangat murah harga bayarannya tetapi sangat tinggi kadar kesedaran dan keinsafan yang diperoleh melaluinya...Oh !! KBM ku...

MENJADI MOTIVATOR..!!

Aku berpeluang menjadi MOTIVATOR tanpa bantuan sesiapa...maknanya tanpa akhawat di sisi yang menjadi pendorongku.Di tempatku,di Port Dickson ini...yang menjadi akhawat bersamaku hanyalah seorang...mana mungkin beliau dapat menemani ku ke mana saja mahu ku pergi memandangkan beliau seorang Guru dan mempunyai agenda tetap tersendiri..

Usrah yang ku bentuk pada permulaan hanyalah terdiri dari beberapa orang,iaitu Ucu(Nafisah Osman @ adik Ustaz Alias Osman) ,Fadilah(jiranku semasa di Perai,Pulau Pinang), Fareha dan Noor Azita( staff Shell)....Alhamdulillah, buat permulaan...yang penting aku mempunyai "kerja" untuk dilakukan..

Suatu hari anak Usrah ku,Fadilah @ Dila bertanya kepada ku..."kak nita,Dila nak tanya,boleh tak akak gantikan Ustaz yang mengajar di Surau,tempat yang selalu Dila mengaji tu...Ustaz tu pergi Umrah selama 2 minggu,jadi tak de orang ganti.Boleh tak akak gantikan tempat Ustaz tu...untuk 2 minggu ni aje,"...

Aku menjawab.." Dila, akak ni tak pernah bagi ceramah kat orang luar apatah lagi di Surau atau Masjid...selalunya dalam program-program JIM je,lagipun nak jadi penceramah ni kena ada tauliah,kalau tak nanti kena tahan,mati katak le akak...,".Aku memberi alasan...bukan tidak mahu tetapi lebih kerana malu.

Aku terfikir sendiri .....Aku tidak mempunyai apa-apa kelayakan yang membolehkan aku memberi ceramah tetapi aku mempunyai kelayakan "20 tahun berUSRAH"...masih belum cukup lagi ke Anita? Nak beri ilmu pada mereka yang memerlukan...perlu rasa malu juga ke Anita?Aku yang lontarkan pertanyaan dan aku juga yang menjawab pertanyaanku sendiri....!!

Hmmm....akhirnya aku terima juga tawaran tersebut tetapi dengan syarat...sediakan LCD Projector dan pastikan ada sound system,supaya tumpuan mata tidak 100% terhadap ku..."Ok,kak...akan Dila usahakan"jawab Dila . Atas nama persatuan,aku mencadangkan supaya LCD dipinjam sahaja dari TNB,tempat suami-suami kami bekerja...manakala kemudahan p.a.system sudah ada di surau tersebut

Akupun mula mencari-cari tajuk apa yang nak diberi...memandangkan aku tidak diberi tajuk tetap semasa ceramah nanti.Kebetulan, aku baru saja menyiapkan bahan/ modul baru untuk remaja- "Meniti Usia Baligh" yang mana subplotnya adalah bertajuk Memelihara Mutiara Kasih yang fokusnya adalah memelihara Islam, Agama Allah...maka ku terfikir jika aku dapat membuat modul yang serupa iaitu "Memelihara Mutiara kasih versi belia/dewasa ...yang juga fokus kepada Memelihara Iman....perkara paling utama sebagai seorang Muslim..

Sambil aku membelek-belek buku...aku dapati salah satu penulisan di dalam buku tersebut menyatakan jika ingin memberi ilmu,el oklah di dahului dengan memberi penerangan tentang IMAN....Ya ! itulah yang menambah kekuatan untuk aku laksanakan..Memahamkan mereka terlebih dahulu..apa erti Iman dan Islam yang sebenar dalam kehidupan ini...

Alhamdulillah,setelah bahan siap... maka tibalah hari yang dijanjikan.Dengan penuh debaran aku memandang kepada semua ahli Surau tersebut sambil tersenyum,bersalaman dan bertukar-tukar khabar.

Aku pun mula menyampaikan ceramah "motivasi" beserta klip-klip video yang ku petik sedikit darinya daripada pgm KBM tentang ciptaan Allah sambil membuat sedikit games mudah dengan memberi sekeping kertas dan sebatang pen untuk mereka mencatatkan sebanyak mungkin nikmat yang Allah beri..... yang di rasakan sebagai nikmat oleh mereka.Dalam masa beberapa minit sahaja, seorang peserta tersebut telah berjaya menulis 20 nikmat..aku meminta hasil tulisan nikmat2 yang telah dicatatkan sambil membaca satu persatu....

Hasil yang ku dapati,kesemua nikmat2 tersebut hanya dilihat dari bentuk luaran semata tetapi tiada yang menjurus ke dalam diri sendiri...aku mula mengajak mereka melihat nikmat pancaindera yang diberi Allah swt...telinga,mata ,hidung, akal,nyawa,lidah dan sebagainya...ku ulas satu persatu...diberi sedikit penekanan bagaimana kesemua aggota ini tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah...tetapi kita sering berdolak dalih,sering bertangguh-tangguh untuk berubah dan patuh kapada Allah swt.

Ku lihat,ada yang menundukkan wajah,ada juga yang memandangku tanpa berkelip dan ada juga yang menggelengkan wajah tanda menyesal.Alhamdulillah,mereka yang hadir tidak ramai tetapi cukuplah sekadar 15-17 orang yang telah sedar dan kini kesemuanya telah menjadi anak Usrah ku setelah mendengar 2 kali ceramah motivasi dari ku.

Aku sangat terharu dengan penerimaan mereka...tambahan pula terdapat seorang makcik yang dipanggil "Mak Ngah" yang usianya telah mencecah 67 tahun turut sama bersemangat untuk berusrah dan sering memanggilku dengan panggilan "Ustazah" walaupun aku bukan seorang Ustazah...aku hanya buat sekadar yang ku mampu ,memberi dan berkongsi ilmu dengan mereka...

Ku teringat juga, di dalam ahli Usrah ku juga terdapat salah seorang Ibu Tunggal yang telah berjaya meraih gelaran IBU MITHALI peringkat Negeri Sembilan...aku berhajat berkongsi pengalaman dengannya ...bagaimana beliau boleh memelihara dan mendidik kesemua anak-anaknya setelah kehilangan suami tercinta pada usia muda sehingga semua anak-anaknya berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara.....

Aduhai... anak-anak Usrahku telah berjumlah 20 orang kini...Dua pertiga dari mereka lebih berusia dari ku serta sudah tentu mempunyai banyak pengalaman berbanding diri ku yang serba kekurangan ini...

Moga Allah swt memberi kekuatan untuk ku menyantuni mereka.Tujuan ku hanya satu iaitu....biarlah mereka menjadi Muslimah yang sejati dan menjalankan Amar Makruf,Nahi mungkar selagi terdaya.......dan sekiranya usia dan kesihatan menjadi penghalang,maka......

Cukuplah sekadar mereka menjadI "HAWARIYUN" DI JALAN ALLAH INI....melalui cara mereka sendiri.....seandainya itu saja yang mereka mampu ....Allah menilai apa yang kita lakukan walau sebesar zarah sekalipun.....Wallahu'alam.


Umi Nita

3 comments:

hatihsamnidbas on August 10, 2009 at 9:14 AM said...

Salam,

K Nita you can do it...Well DOne...Pray for us too...

Love you...

MAsh Din- Ex Hawariyun GR. Seri Iskandar

Umi Nita on August 10, 2009 at 10:46 AM said...

salam,

Tah,...ex Hawariyun GR D Seri Iskandar can do it too....

You all can do much better than me...

Missed all of you...

Kak Nita

eman ainol on August 31, 2009 at 6:09 PM said...

bestnyer ummi...

doakan eman mampu jadi mcm ummi satu hari nanti...

 

"Setiap Hari Adalah Pelajaran" Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template