Wednesday, August 26, 2009

KUASA BERDOA DI BULAN RAMADHAN INI....

Salam,

Ujian ada di mana-mana.Adakalanya jauh dari kita.Adakalanya di sebelah kita sahaja.Ramai juga yang mengadu kesakitan,tak kurang juga yang sesak nafasnya.Maklum sahajalah,gejala dan sindrom global ini telah memberi tamparan hebat kepada semua.

Terpaksalah masing-masing menjaga diri masing-masing dek bahana H1N1 ini...
Banyak juga buku kesihatan dibuka...buku herba,buku berkaitan pemakanan dan tak kurang juga risalah-risalah kesihatan dari internet di layari dan di buka...semuanya gara-gara untuk mencari maklumat terkini untuk melawan H1N1 ini...harapan dan doa moga tidak menerobos masuk dalam keluarga kita.

Apa yang ku boleh buat sebagai ibu...berikan pemakanan yang seimbang yang dapat menambah sistem imun badan ahli keluarga ku...perkara yang jadi amalan sekarang ialah bekalkan anak-anakku dengan Vitamin C dan banyakkan memakan buah-buahan terutama apple hijau yang ternyata memberi kesan yang baik kepada kami sekeluarga...

Sekiranya rasa sakit tekak dan hendak batuk,kami amalkan memakan apple hijau yang memang terbukti dapat menghakis kahak di tekak seterusnya hilang gejala yang boleh membawa ke arah H1N1 yang digeruni semua...Alhamdulillah,semuanya dengan izin Allah.Banyakkan juga meminum air suam yang bercampur dengan limau nipis di awal pagi...insyaAllah,sakit tekak akan hilang begitu saja...itu tips yang ku dapati bagi jenis darah AB bagi kami sekeluarga.

Pun begitu,aku juga diuji dengan sakit mata yang muncul kembali ,sejak sakit mata yang ku ceritakan tempoh hari...

Tiba-tiba sahaja,mata ku agak tegang.Kemungkinan aku banyak menggunakan komputer dalam menyiapkan modul Remajaku yang telah mulai sejak 4 atau 5 bulan yang lalu...
Silau dan ketegangan mata telah menyebabkan mata kiri ku kembali berair...sukar benar untuk bangun di pagi hari di sebabkan mata yang kekeringan dan menyebabkan mata ku berair semahu-mahunya...

Waduh! Ujian ini ku terima dalam bulan pose pula,tentulah agak mencabar juga....tapi alhamdulillah,aku menerimanya dengan Redha...ujian biasa-biasa kata hati kecilku,untuk mengubat jiwa...

Ubat telah ku ambil dari klinik...dititiskan ke mata beserta antibiotiknya juga...sehari..belum sembuh ! 2 hari...belum juga lega!!. Ku tekapkan mataku dengan ketulan ais.... Berkat saranan rakan-rakan ku di sini. Alhamdulillah,cara ini banyak juga membantu melegakan kesakitanku ini.Hmm..ramai betul "doktor pakar" di sini...sakat ku pada rakan-rakan ku.

Alhamdulillah,pada malam hari...aku bermunajat kepada Allah swt agar diberi kesembuhan supaya dapat memudahkanku untuk menjalankan tugas dakwah ku ,memberi ceramah motivasi kepada staff perempuan Logi Penapisan SHELL pada hari Jumaat bersamaan 7 Ramadhan nanti.Juga Usrah tetap kepada ahli Usrah ku pada pagi Jumaat juga...tentulah aku inginkan kesembuhan supaya melicinkan usahaku dan agar rasa tenang dijiwa..

Ku berdoa bersungguh-sungguh...bermunajat kepada yang Maha Penyembuh agar diberi kesembuhan kepada ku...

Doa syifa' dibaca,beserta Al Fatihah, dan 3 Qul....ku tiup di tapak tangan lalu ku sapu ke seluruh muka ....alhamdulillah,sekejapan sahaja...hilang sakit mataku...bagaikan kesakitan yang dicubit dan di buang entah ke mana..

Alhamdulillah...itulah Kuasa Berdoa di Bulan Ramadhan ini...cubalah minta dari yang Esa atas apa juga permintaan anda...insyaAllah pasti dimakbulkanNya

Umi Nita
5 Ramadhan 1430 H

0 comments:

 

"Setiap Hari Adalah Pelajaran" Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template