Friday, April 17, 2009

Pengalaman adalah Ijazah Kehidupan

Assalamualaikum,

Susah juga sebenarnya nak mulakan coretan ni....kerana aku bukanlah pandai sangat nak menceritakan apa-apa...apatah lagi cerita tentang kehidupan peribadi kepada sesiapa..


Kenapa aku pilih tajuk " Setiap Hari Adalah Pelajaran" ni sebagai tajuk blog ye??
Sebenarnya inilah rasa hati ku yang sebenarnya tentang kehidupan ini....ye....memang lah...kalau kita sentiasa bersikap positif...sebenarnya apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan boleh dijadikan pelajaran bagi orang yang mahu mengambil pengajaran...tak gitu...

Bagiku...pengalaman yang kita hadapi samada kejayaan mahupun kegagalan akan memberikan satu pelajaran yang wajar diingati sampai bila-bila..patut dijadikan teladan sepanjang hidup...

Setiap kejayaan yang kita capai kan memberikan satu memori indah sampai bila-bila tapi..kalau kita dah pernah mengalami kegagalan...takkan kita nak jatuh dalam "lubang" yang sama...maka kita kena lah usaha lebih sikit supaya dapat membaiki kelemahan yang dah kita lalui...

dah ler tu...kan starting jer tu...asalnya nak tulis sikit je..sebab minda ni ingat nak mula masak tengahari Jumaat ni...tapi...bila dah nulis ni...aaiiih...tak boleh berenti pulak!!!

0 comments:

 

"Setiap Hari Adalah Pelajaran" Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template