Saturday, April 25, 2009

KONGSI AYAT-AYAT CINTA.... KEPADANYA !!

Salam,

Kebelakangan ini banyak yang ku pelajari tentang erti bekerjasama lebih- lebih lagi dalam urusan muamalah dan pergaulan sesama manusia.

Kadangkala kita sering merasakan apa yang kita punyai adalah hak milik kita.... Ya! milik kita secara sepenuhnya !! Tetapi adakalanya kita lupa bahawa apa yang kita punyai itu sebenarnya hanyalah pinjaman dan perlu dikongsi bersama insan yang lain juga...

"Setiap muslim itu bersaudara" dan "Tidak sempurna iman seorang Muslim itu jika ia tidak mencintai saudaranya lebih dari dirinya sendiri" (tak sempat pula hendak cari matan hadis ni)...Ya..itulah di antara hadis yang biasa kita dengar..tetapi untuk hadirkan dalam kehidupan...ramai yang tidak mampu melaksanakannya dengan baik, bersungguh-sungguh dan sempurna...untuk itu ramai yang merasa tidak tenang hati dan terbuku jiwa....

Sebagai teman kepada saudara kita...mendengar luahan rasa juga boleh membantu melegakan perasaan sesiapa sahaja..tetapi kita hendaklah pandai menjaga rahsianya. Luahan dan perkongsian dari teman kita perlulah disimpan untuk diri kita sahaja dan jangan bersikap mengadu domba...atau menceritakan kepada orang lain pula..

Sebenarnya perkongsian boleh dilakukan dalam pelbagai cara...dan perkongsian yang paling baik adalah bila kita berkongsi dengan Allah swt...tetapi bagaimana caranya ya?

Banyak kaedah dan caranya....di antaranya adalah dengan mengerjakan Solat ,berdoa dan membaca ayat-ayat cintaNya serta membalas surat-surat cintaNya(tahajud) dengan rendah hati di kala sebelum fajar menjelma...

Persoalannya...kenapa manusia sukar berkongsi dengan Kekasihnya....Tuhan yang menguasai hati dan diri manusia...berkongsi dengan Kekasih yang kekal ini sudah tentu amat bermakna sekali kerana Kekasih yang Esa ini tidak jemu mendengar segala luahan hati dan rasa kita...tetapi jika kita berkongsi bersama kekasih yang bernama manusia....sangat banyak kerenahnya...adakalanya kekasih yang bernama manusia ini tidak mahu mendengar luahan hati kita ...mungkin kerana merasa bosan untuk melayani kita atau terlalu tinggi egonya...

Perkongsian yang betul akan memberikan rasa bahagia,iaitu perkongsian yang di dasarkan atas nama cinta kepada Allah swt serta mengikut jalan -jalan yang diredhaiNya.
Sekiranya perkongsian tidak dilakukan atas nama Taqwa dan Cinta....sudah pasti jiwa akan merana....kerana kita gagal dalam mencari Rahmat dan Kasih Sayang Nya.....


PILIHAN SEBENARNYA DI TANGAN KITA .......DAN KITA BOLEH MEMILIH UNTUK MELUAHKAN AYAT-AYAT CINTA KEPADA NYA...TUHAN YANG MAHA MENDENGAR LAGI MENENANGKAN JIWA....

UMI NITA



"

0 comments:

 

"Setiap Hari Adalah Pelajaran" Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template