Monday, November 9, 2009

SIAPALAH AKU UNTUK MENOLAK TAKDIRNYA......

Salam,

Kedamaian laut Selat Melaka sering melambai-lambai......Pun begitu,dek kesibukan , jarang sekali aku menjejakkan kaki di pesisiran pantai Port Dickson.Diwaktu hujung minggu sememangnya itulah tempat ramai penggemar laut datang bersantai di pantai Port Dickson ini.

Walaupun rumahku hanya di seberang jalan menghampiri laut,tetapi disebabkan aku bukanlah seorang penggemar laut,maka aku tidak kisah sangat untuk bermandi -manda atau berpiknik disitu.Bayangkan sehingga kini,walaupun kami telah menetap hampir 9 bulan,belum pernah sekalipun kaki ini memcecah dan bermain-main air laut.Nampak gayanya kali ini aku mesti menjejakkan kaki juga..Nanti ,laut akan berkata kepada ku..."tidak sudi nampaknya kamu "merasa" airku..sombongnya kamu"...hehe..agaknya itulah yang akan diperkatakan walaupun aku jarang "berbahasa" dengan laut ini...

Wahai laut...insyaAllah akan ku jejaki juga airmu..akan ku rasa bagaimana tahap atau darjah kesejukan dan kepanasan mu...

hai...bersajaklah pula!

Bukannya apa...sebelum aku meninggalkan Selat Melaka...menuju ke Laut China Selatan...maka akan aku usahakan juga supaya aku mendapat menyimpan sedikit kenangan di sini. Daerah dan pantai yang dikenali " Port Dickson, Pantai Peranginan Negara".

Hmm...cerita apa pula nih.!!

Cerita pindah dan berpindah lagi....alahai....kesedihan mula menjenguk diri.Meninggalkan kawan-kawan,sahabat ,ahli Usrah dan semua yang ada di sini.Walaupun kedatangan kami sekejap sahaja ,menyinggah di bumi Port Dickson ini,namun hasil kerja yang ku mulakan dan belum membuahkan hasil yang sepatutnya tetap memberi kesan kepada pemikiranku...

Banyak yang ku fikirkan...sahabat yang memerlukan bantuan dan penuh pengharapan, sahabat seperjuangan dalam KBM on 9..yang sama-sama berkongsi dan berkorban masa,tenaga,jiwa dan berkongsi mengalirkan peluh dek penat tetapi sangat memberi kepuasan ! ...akan ku ingat sampai kematian menjemput ku!

Banyak persediaan yang perlu difikirkan ...mental,fizikal dan emosi. Sedikit sebanyak telah memberi kesan awal...hmm,aku menangis lagi! Memikirkan sanak-saudara yang jauh di tinggalkan! Sahabat2 yang ku sayangi , yang "menghidupkan" dan menceriakan kehidupanku..

Aku redha dengan ketentuan Mu ya Allah. Ini adalah rezeki dari Mu yang tidak wajar kami tolak.Ini adalah ketentuanMu yang membuat percaturan dalam kehidupan kami.Di mana kehidupan yang perlu kami teruskan.Di mana perjalanan Dakwah yang perlu kami mainkan peranan .

Ya! Walau dimana sahaja kita di tempatkan..Buatlah yang terbaik! Jadilah biji benih kebaikan di mana saja kita berada !

Siapalah aku untuk menolak takdir Mu...kerana Engkaulah,Rabb yang Maha Mengetahui Apa yang Terbaik untuk kami !!!

Buat semua sahabat...doakan yang terbaik untuk kami !!

p/s ...mmm nak pindah ke mana ya?...cuba teka!

Umi.

9/11/09

2 comments:

iilmi nur said...

Salam..umi..!

umi sekeluarga sihat? rindunya kat antum sume. ayu ni.. ada la 3 kali datang join kbm perak dulu2. last join masa tu handphone n purse ayu hilang. masa tu paklong dan umi la yang tolong ayu.. lepas tu dah tak datang perak sbb sibuk final yr. umi ingat tak? (^_^)

ayu dapat tahu umi bakal pindah tganu. takpelah,insyaAllah makin suburlah tanah dakwah disana kelak hasil keje paklong dan umi. amiin.

salam sayang, ayu.

Anonymous said...

wslm,

Alhamdulillah,Umi masih ingat kat Ayu dan sentiasa ikuti berita dari AIDD yg Ayu jadi JK nya..:-))

Teruskan amal...
InsyaAllah,kita akan berjumpa lagi...

 

"Setiap Hari Adalah Pelajaran" Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template