Wednesday, December 16, 2009

Indahnya Ukhuwwah Fillah.....

Salam,

Saat perpindahan semakin hampir terasa.Hanya menghitung hari demi hari. Satu,dua,tiga.....ahh...9 hari sahaja lagi.Begitu cepat masa berlalu dan semakin cepat pula masa berpindah menghampiriku.Kalendar yang ku lihat setiap hari,ku selak dan menghitung harinya...

Oh, rupanya aku tidak boleh bermimpi lagi.Makin ku lihat,semakin kebenaran itu menjengukku.Aku tahu semua ini adalah realiti dan bukan fantasi.

Packer telah dapat dihubungi...katanya mereka akan datang membuat kerja-kerja pembungkusan dan pembalutan 2 hari sebelum kami berpindah.Alhamdulillah,separuh dari tenaga ku dapat ku simpan untuk kerja-kerja menyusun barangan di rumah baruku pula(rumah lama era 70an,fikirku..)

Seminggu yang lepas, beberapa orang rakan ku ingin menziarahi rumahku,tetapi disebabkan aku sedang berprogram ,maka tidak dapatlah mereka menziarahiku .2 hari lepas pula,seorang anak Usrahku ,Huda bersama rakannya Shuhada datang menziarahiku.Katanya nak jumpa juga sebelum Umi berpindah kerana dia akan bercuti panjang dan hanya akan kembali ke Politeknik PD pada 13 Januari nanti.Alahai,memang sangat terasa ulkhuwwah fillah ini.Terasa bagaikan aku akan berpergian jauh, tidak dapat berjumpa lagi.Bagaikan aku akan meninggalkan anakku dalam jangkamasa yang lama.Kesedihan sudah menguasai diriku...

Pagi ini,aku menerima satu panggilan telefon dari seorang lagi anak Usrahku,Dila.Kata..."Kak Nita,esok ada kat rumah tak? Ada,jawabku..."Tak ada lah.....,ahli kumpulan Usrah kita nak buat farewell untuk akak.Jemput semua anak-anak sekali,dan lepas tu ahli Usrah minta akak buat usrah terakhir dengan akak..." sambung Dila lagi."Buat susah je nak buat farewell untuk akak."kataku. Lagi kesedihan menjerut jiwa...bila mereka meminta aku jalankan juga usrah terakhir untuk mereka.Untuk semua ,...demi mahabbah dan kasih sayang ini,insyaallah akan ku penuhi juga.(air mataku mengalir lagi tanpa hentinya...untuk ke sekian kalinya..!!)

Aku memabayangkan kesemua yang ku sayang,walaupun perhubungan dan perjumpaan yang singkat masanya...terpaksa ku tinggalkan tanpa kesediaanku.Mad'u yang sangat baik akhlaq keislamannya dan semangat persaudaraan Islamnya ,memberi aku keselesaan berada di Port Dickson ini.

Aku hanya mampu meninggalkan kenangan manis untuk mereka....berusaha menyantuni mereka sebaik mungkin.Menghormati mereka sebagai saudara Islamku..yang lebih tua ku santuni sebagai ibu mahupun kakak-kakakku.Yang lebih muda,ku sayangi sebagaimana adik-adikku.Oh,manisnya hubungan ini jika semuanya saling hormat menghormati...

Ku berdoa,biarlah hubungan ini kekal manis untuk sepanjang hidupku..Biar ramai sahabat,jangan ada walau seorang musuh !

Ku sayangkan Ukhuwwah Fillah ini.....

"Ya Allah,ya Tuhanku.Engkau Maha Tahu akan kasihku terhadap semua sahabatku.Peliharalah mereka,Kasihilah mereka,tunjukkilah mereka ke jalan yang baik lagi benar.Jadikanlah mereka penyokong dan penegak AgamaMu.Mudahkan juga urusan mereka sebagaimana Kau mudahkan urusanku" Amin, ya rabbal'alamin.


Umi Nita.

Wednesday, November 25, 2009

TSUNAMI DIFIKIRAN KU ....

Salam,

Ya Allah,tenangkanlah jiwaku dan fikiranku.!

Semakin dekat waktu untuk kami sekeluarga berpindah,semakin kacau bilau penyusunan dalam minda ku..apa tidaknya,banyak yang ku fikirkan dan banyak yang memerlukan tindakan...

  • urusan berpindah...walaupun kami telah decide untuk gunakan packer service untuk pack barangan rumah,tapi ia tetap menggangu fikiranku kerana packer belum dicari dan ada juga part yang terpaksa diuruskan sendiri...hmm!
  • 3 Group Usrah yang akan ku tinggalkan..1 yang ku ikuti... 2 yang ku bawa, apatah lagi di saat-saat akhir perpindahan ku, masih ada lagi yang berminat untuk join Usrah hasil dari muayasyah dan ceramah yang ku berikan tempohari..........Ya Allah,mudahkanlah segala urusan kami samada untuk ku yang terpaksa pergi mahupun sahabatku yang terpaksa ku tinggal.
  • team kbm on 9..yang juga terpaksa ku tinggalkan...wasiat dan semangat telahpun diberikan ...tapi nampaknya perpindahan ini memang mengejutkan mereka,keluarga KBM on 9 yang ku sayang..tidak dapat menerima kejutan ini.Ya,aku juga menangis sendirian bila memikirkan semua ini :-(( ...tetapi sahabatku, perjuangan ini tetap perlu diteruskan.Umi yakin antum mampu lakukan...
  • PPWN/PPN ....suamiku akan report duty pada 1 Disember ini di KL dan seterusnya bertolak ke SJSI Paka...maknanya dia sudah memulakan tugasannya di Paka bermula 1 disember,sedangkan aku pula akan meeting JKPRB di PG ,Johor pada tarikh yang sama.Ingatkan ,kami sekeluarga dapat ikut sama ke Paka,tetapi dek jadual yang bertukar,maka kami terpaksa mengikut haluan masing-masing...Bagaimana dengan PPWN/PPN...? Macamana kami nak ke sana sedangkan suamiku masih di Paka? Patutkah kami anak beranak yang tinggal ,drive sendiri ke KK,Perak...atau bagaimana? hmm...banyak persoalan dalam kepala yang membuat fikiranku menjadi kacau...sehingga kini belum ada kata putus lagi untuk menyelesaikan persoalan ini...
  • MUB oh MUB.....projek baru ku bersama Pak Lang dan Bai serta team MUB pada 7 Dis ini di Menara TM,KL ...bila aku memikirkan , mampukah aku lakukan semua ini ? Walaupun Modul MUB ini sebahagiannya aku sendiri yang draft...tetapi bila ianya merupakan projek baru dan aku salah seorang penyampainya , sedikit sebanyak ia tetap memberi tekanan kepada ku...Diharapkan ,meeting di PG nanti mampu melegakan kekalutan fikiranku ini..
  • Ya Allah,tenangkanlah jiwaku yang sedang kalut ini...
alhamdulillah,semalam sempat hadir meeting wjim N9,yang mana aku menjadi TKWnya...aku maklum bahawa aku tidak tahu samada aku sempat hadir lagi meeting selepas ini, maka sebelum pergi mesyuarat aku cuba draft beberapa aktiviti yang dirasakan sesuai untuk mencapai KPI dalam KRA Wanita terutama untuk Wjim N9..

Moga-moga dengan sedikit Input ,diharapkan Wjim N9 dapat maju ke hadapan walaupun aku sekadar singgah sebentar,memberi sedikit sentuhan dalam bebarapa perkara dan semoga sentuhan yang sedikit ini mampu memberi impak yang besar dalam Dakwah ini..

Aku hanya mampu berharap dan berdoa....


Umi Nita.

Friday, November 13, 2009

Bercuti di Cameron Highland.

Salam....

Day 1

Alhamdulillah,kami berkesempatan untuk bercuti ke Cameron Highland walaupun bukan di waktu cuti sekolah.Memandangkan di sekolah dah tak ada matapelajaran yang diajar guru, Mujahid pun diajak untuk pergi bersama.Maknanya terpaksalah minta cuti sendiri dari Cikgu.

Kami bertolak dari Seremban lebih kurang pukul 11.00 pagi selepas pergi buat checkup anak mata yang calar akibat terkena hanger beberapa bulan yg lalu di KPJ Seremban...

Berhenti solat Jamak Qasar Zohor dan Asar di Tol Tapah, kami teruskan perjalanan dan sampai di Stesen Janakuasa Hidro Sultan Yusuf, Tapah pada jam 3.30 ptg.Sesampainya kami di sana kami terus di jamu dengan minum petang.Kemudian delegasi TNB yg terdiri dari GM dan DGM TNB seluruh Malaysia diberi sedikit penerangan tentang Stesen Janaelektrik Hidro ...dan usai penerangan di jamu sekali lagi dengan makan durian dan buah-buahan lain termasuklah rambutan dan manggis...rupanya musim durian di kawasan ni sekarang ni...apalagi...kami pun makan durian lah...nyum,nyum,nyum...Sekali lagi para delegasi dibawa melawat ke tapak operasi penjanaan dan terpaksa melalui terowong bawah tanah...tapi Umi tak pergi sebab tak termasuk dalam kategori tetamu jemputan..hehehe...cuma tukang sibuk nak mengikut :-))

teringat nak hantar bahan MUB pada Pak Chu dan Mak Chu...depa nak test run salah satu modul MUB- ESK untuk aktiviti ceramah di sekolah . Umi cuba hantar dari Powerstation tu,tapi tak dapat...
Selesai aktiviti di Stesen,kami terus mendaki ke CH dan sampai lebih kurang 6.20 ptg...terus buka komputer dan hantar bahan pada Pak Chu...alhamdulillah dapat juga hantar walaupun reception lemah..

Day 2

Laporan cuaca di Cameron Highland...

semalam hujan dan pagi ni cerah dan sejuk...kaki hampir kekejangan walaupun dalam bilik hotel tiada aircond.

telekomunikasi...baik tapi yang tak baiknya...tak dan/sempat bayar bill telefon...kena barred..huhu...tak leh call..

ingat nak call Abg Ngah Fairuz,seorang guru cekal di Cameron highland ni ...nampaknya kena cari Celcom Centre di CH ni dulu...baru boleh call.Itupun jika Abg Ngah tak balik Sg Petani lagi..

Tengah berangan -angan nak pi Strawberry Farm dan lain-lain...tapi.....Umi ni ada sedikit fobia dengan jalan berliku- liku ni...risau juga terjunam dibuatnya dari atas puncak ni...:-))

Sekejap lagi kami berdua akan keluar dan cari breakfast...perut pun dah terasa lapar ni.Kemudian baru boleh fikir ke mana destinasi seterusnya lepas ni.

akan sambung lagi selepas ini...

Umi...

Monday, November 9, 2009

SIAPALAH AKU UNTUK MENOLAK TAKDIRNYA......

Salam,

Kedamaian laut Selat Melaka sering melambai-lambai......Pun begitu,dek kesibukan , jarang sekali aku menjejakkan kaki di pesisiran pantai Port Dickson.Diwaktu hujung minggu sememangnya itulah tempat ramai penggemar laut datang bersantai di pantai Port Dickson ini.

Walaupun rumahku hanya di seberang jalan menghampiri laut,tetapi disebabkan aku bukanlah seorang penggemar laut,maka aku tidak kisah sangat untuk bermandi -manda atau berpiknik disitu.Bayangkan sehingga kini,walaupun kami telah menetap hampir 9 bulan,belum pernah sekalipun kaki ini memcecah dan bermain-main air laut.Nampak gayanya kali ini aku mesti menjejakkan kaki juga..Nanti ,laut akan berkata kepada ku..."tidak sudi nampaknya kamu "merasa" airku..sombongnya kamu"...hehe..agaknya itulah yang akan diperkatakan walaupun aku jarang "berbahasa" dengan laut ini...

Wahai laut...insyaAllah akan ku jejaki juga airmu..akan ku rasa bagaimana tahap atau darjah kesejukan dan kepanasan mu...

hai...bersajaklah pula!

Bukannya apa...sebelum aku meninggalkan Selat Melaka...menuju ke Laut China Selatan...maka akan aku usahakan juga supaya aku mendapat menyimpan sedikit kenangan di sini. Daerah dan pantai yang dikenali " Port Dickson, Pantai Peranginan Negara".

Hmm...cerita apa pula nih.!!

Cerita pindah dan berpindah lagi....alahai....kesedihan mula menjenguk diri.Meninggalkan kawan-kawan,sahabat ,ahli Usrah dan semua yang ada di sini.Walaupun kedatangan kami sekejap sahaja ,menyinggah di bumi Port Dickson ini,namun hasil kerja yang ku mulakan dan belum membuahkan hasil yang sepatutnya tetap memberi kesan kepada pemikiranku...

Banyak yang ku fikirkan...sahabat yang memerlukan bantuan dan penuh pengharapan, sahabat seperjuangan dalam KBM on 9..yang sama-sama berkongsi dan berkorban masa,tenaga,jiwa dan berkongsi mengalirkan peluh dek penat tetapi sangat memberi kepuasan ! ...akan ku ingat sampai kematian menjemput ku!

Banyak persediaan yang perlu difikirkan ...mental,fizikal dan emosi. Sedikit sebanyak telah memberi kesan awal...hmm,aku menangis lagi! Memikirkan sanak-saudara yang jauh di tinggalkan! Sahabat2 yang ku sayangi , yang "menghidupkan" dan menceriakan kehidupanku..

Aku redha dengan ketentuan Mu ya Allah. Ini adalah rezeki dari Mu yang tidak wajar kami tolak.Ini adalah ketentuanMu yang membuat percaturan dalam kehidupan kami.Di mana kehidupan yang perlu kami teruskan.Di mana perjalanan Dakwah yang perlu kami mainkan peranan .

Ya! Walau dimana sahaja kita di tempatkan..Buatlah yang terbaik! Jadilah biji benih kebaikan di mana saja kita berada !

Siapalah aku untuk menolak takdir Mu...kerana Engkaulah,Rabb yang Maha Mengetahui Apa yang Terbaik untuk kami !!!

Buat semua sahabat...doakan yang terbaik untuk kami !!

p/s ...mmm nak pindah ke mana ya?...cuba teka!

Umi.

9/11/09

Monday, October 19, 2009

Berita yang menyedihkan...

salam,

Jam 9 malam tadi terima berita:

"Umi tolong siasat"...fikirkan minta disiasat apa,tetapi bila dibaca keseluruhan berita tersebut,mengatakan ex peserta KBM SMTPD baru meninggal dunia.Innalillahiwainnailaihirrajioun...

Terima sms dari fc perempuan dari KUIM,'Ismah."Umi betul ke berita ni"...sekejap pula terima lagi berita yang serupa.Umi terus menelefon fc yang mendapat berita ni iaitu Asyraf,untuk mengesahkan samada benar atau tidak berita kematian ni.Bukannya apa,berita kematian ni perlukan pengesahan dan bukannya boleh dibuat main-main.

Asyraf mengiakan dan mengatakan bahawa dia menerima 2 sms dari sahabat allahyarham.
Kemudian sekali Umi telah menelefon Asyraf, fc KUIM dan Asyraf telah mengesahkan yang dia menerima 2 sms yang sama dari ex peserta KBM yang mengatakan sahabat mereka Ayoi atau nama penuh arwah Shahrul telah meninggal dunia.

Allahyarham juga merupakan di antara peserta yang membuat persembahan ala ragbi dalam kumpulannya semasa sessi Army Yell/ Laungan semangat.sungguh bersemangat sekali kumpulan itu.

Dimaklumkan juga,Allahyarham telah bermimpi berjumpa dengan seorang yang berpakaian putih yang mengatakan bahawa Allahyarham tidak dapat mengambil keputusan SPM tahun ini .Mimpi ini telah diceritakan kepada rakannya yang turut memaklumkan kepada fc Asyraf KUIM ini.

Perubahan ketara yang berlaku selepas mengikuti KBM ialah sebelumnya Allahyarham sering malas untuk bersolat,tetapi selepas KBM, Allahyarham tekun mengerjakan solat di Surau.

Alhamdulillah .Mudah-mudahan taubat Allahyarham diterima oleh Allah swt.

Allahyarham meninggal dunia kerana kemalangan pada jam 3 ptg tadi on the way balik ke Port Dickson dan telah selamat dikebumikan di Selangor(tempat tak tahu pulak Umi ). Umi baru dapat pengesahan berita dari Cg Fatimah sekejap tadi dan memaklumkan pelajarnya Shahrul Azizi pelajar Tingkatan 5 Amalan Bengkel Mesin yang telah meninggal dunia.

Sama-sama kita sedekahkan Al fatihah.Moga Allah mengampunkan semua dosa Allahyarham serta digolongkan dikalangan orang2 yang beriman dan para solihin.Ameen.

Masanya telah tiba, bila pula waktu kita.....moga Allah mengampunkan dosa kita juga.



Umi.





Monday, October 12, 2009

SUNYI NYA BILA SEMUA TIADA DI RUMAH...



SALAM,

Dengan keriuhan piliharaya Bagan Pinang yang sangat hampir dengan rumahku ,kehadiran 2 keluarga -adik -adik ipar ku ke rumah kami ,kehadiran Pak Lang(akhi Mokri dan anak-anak) yang bermalam di rumah kami sewaktu berKBM dan kesibukan ku menguruskan program KBM SMTPD yang berlangsung pada hari yang sama...membuatkan ku sangat sibuk meladeni kesemuanya sekaligus...

Pada ku,kesemua ini menjadi sangat biasa bagi keluarga kami. Suasana menyambut tetamu yang berturut- turut pada masa yang sama seperti satu kebetulan yang sentiasa di aturkan oleh Allah swt..Ini juga menguji bagaimana aku menguruskan kehadiran dan kebajikan beberapa perkara dalam masa serentak.

Kebiasaannya begitu...sekiranya menerima tetamu,sudah pasti kami akan menerima sehingga 3 atau 4 kali lawatan rakan ,keluarga mahupun jiran dalam masa satu hari yang sama .Kami juga sudah pandai mengagak,sekiranya seorang atau sebuah keluarga yang datang pasti akan menyusul pula keluarga2 yang lain...alhamdulillah.Mungkin berkat dengan rasa senang hati menerima kehadiran tetamu,maka keluarga kami sentiasa mendapat rezeki dalam keadaan yang tidak disangka-sangka...

2 orang adik iparku yang sudah berkeluarga yang masing masing mempunyai 2 orang dan seorang anak sangat memeriahkan keluarga ku.Pun begitu,disebabkan ku terpaksa menguruskan Pgm KBM di SMTPD,maka terpaksa ku menyerahkan urusan melayan tetamu dari kalangan ahli keluarga suamiku kepada suami ku ..alhamdulillah,mereka memahaminya kerana seringkali aku memberitahu mereka yang aku terlibat dalam mengendalikan pgm motivasi di sekolah-sekolah...kini baru lah mereka melihat dengan mata kepala sendiri akan kesibukan ku jika terpaksa mengendalikan urusan ini.. Kepulangan ku pada awal pagi setelah berprogram dan keluar seawal jam 8.00 pagi setelah menyediakan apa yang patut, dilihat dengan rasa kehairanan oleh adik-adik ku.

Itulah adat bekerja di jalan dakwah... kadangkala memberikan rasa heran kepada mereka bagaimana aku boleh mendapat kekuatan untuk terus berprogram...suami ku pernah berkata pada ku..'Umi ni kuat dengan semangat je,kalau diharapkan kekuatan,memang tak terdaya untuk melakukan kerja-kerja yang mencabar ini"...memang betul kata suamiku.Semangat,azam,tekad dan melakukan kerja-kerja dakwah ikhlas kerana Allah swt sahajalah yang menjadi inspirasi dan dapat menzahirkan semua kekuatan ku untuk bekerja di medan ini....


KBM SMTPD...

Menguruskan, menjaga kebajikan dan karekter semua fc juga motivator sangat menyeronokkan ku.Apa tidaknya...melalui program ini,ramai fc dan peserta pgm yang ku anggap seperti anak-anak dan adik-adik ku,memanggil ku Umi...ya,aku mempunyai ramai anak buah setiap kali program berlangsung dan ini sangat membahagiakan diriku..Aku juga berdoa agar inilah juga bentuk pahala multi level yang bakal ku perolehi jika diniatkan ikhlas kerana Allah swt.

Kesedaran dan titisan airmata peserta, turut membuatkan ku mengalirkan airmata. Titisan airmata yang mengalir mampu melembutkan jiwa yang keras,membasahkan jiwa yang kering kontang ,menambah deria rasa keinsafan akan diri sendiri yang banyak melakukan dosa samada secara sedar mahupun tidak..

MUJAHID KE KEM 1 MALAYSIA..

Memang sunyi terasa bila anak lelakiku pergi ke KEM selama 4 hari...sengaja ku usik Mujahid...
"Hmmm...tu nak tinggal Umi lah tu, tinggal Umi sorang-sorang di rumah ni.."apa jawapannya?.
"Ala...Mujahid bukan nya pergi lama pun..4 hari je.Tu pun nak suruh Mujahid tinggal kat Asrama!" Fuuuh !!! pulang paku buah keras!! Bukannya apa.Kadangkala bila Mujahid kesunyian di rumah,mulalah dia memberitahu ku"Umi,Mujahid nak adik lah'...hah...nak adik? Aku mula menggaru kepala yang tidak gatal....

Jawapanku mudah aje..."Ala...Mujahid belajarlah rajin-rajin,boleh masuk asrama,kat asramakan ramai kawan"...

Jadinya...itulah jawapan yang dipulangkan kepada ku...ayat nafi...untuk masuk asrama!!

Umi.

Thursday, September 17, 2009

^_^

Salam,

Puasa cuma lebih kurang sehari je lagi..dah nak raya pula...alhamdulillah!! Cumanya,adakah puasa kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya...pasti semua orang boleh buat penilaiannya.Lihat pada KPI diri sendiri,sudah tercapai ke belum? jika sudah ,alhamdulillah! Jika belum,cuba tingkatkan lagi di tahun hadapan...itupun jika umur kita masih panjang.Mohonlah pada Allah supaya diberi rahmat,keampunan dan pelepasan dari azab api neraka di sisa-sisa penghujung Ramadhan ini...mudah-mudahn segala amal kita diterima oleh Allah swt...

Bagaimana persiapan kita untuk menyambut hariraya ini? Semestinya seperti kebiasaannya kami buat ala kadar sahaja.Tiada langsir baru,tiada carpet baru,tiada sarung sofa baru cuma yang ada beberapa helai persalinan baju raya buat ahli keluarga..

Alhamdulillah,di sebalik kesibukan harian ,sempat juga Umi menyediakan beberapa jenis kuih untuk dikongsi bersama keluarga.Mula tu terfikir juga..nak buat atau beli sahaja...bila memikirkan kos yang agak tinggi dan ibu mertuaku yang menyukai "hand made cookies" ku...aku gagahi juga membuatnya..Special sangatkah sehingga ibu mertuaku menunggu-nunggu kuih yang aku buat?Sebenarnya,tiadalah apa yang istimewa sangat kecuali kuih-kuih yang telah ku ubah suai kandungan gulanya..... supaya setiap jenis kuih yang ku buat terasa manis-manis buah saja...
Aku tidak dapat memberi jaminan sekiranya kuih yang ku beli dapat kami makan dengan nikmatnya kerana manisnya Ya Allah!! hanya tuhan aje yang tahu..Sememangnya jika kuih yang dibuat sendiri,memang sedap kerana bersesuaian dengan kehendak dan tekak sendiri disudut kemanisannya...kerana kami sekeluarga sememangnya TIDAK GEMARKAN MAKANAN YANG MANIS !!

Alhamdulillah,anak sulungku Nurul 'Izzah yang telah bercuti awal dari UIAM membantuku menyediakan kuih muih ini...kalau tidak ada dia,agaknya malas juga aku hendak menyediakannya..

Maka lahirlah beberapa jenis kuih...Coklat Chip,Biskut Kacang,Cornflakes Madu,Biskut Badam Bergajus(isi badam,luar gajus ...sebenarnya cari gajus cincang tak jumpa!! )..apa lagi ya..hmmm...oh ya Samperit,dan ShortBread(hmmm...jadi mat salihlah pulak) dan juga Chocolate Cake Moist (kesukaan anak-anak dan ibu mertuaku). Aku buat sekadar 2 aduanan aje untuk dikongsi bersama mertua . Aku sebenarnya memang tak pandai buat kuih-muih.Tiap-tiap tahun resepi itulah juga yang keluar !! Walaupun buku resepi...mak oooiii,punye lah banyak..Tapi alhamdulillah, disebabkan itu aje kuih yang ku ulang setiap tahun ,jadi resepinya makin mantop gitu..!! itulah yang disebut oleh anak ku...menjadi ye Umi kuih tahun ni...

Maka mulalah selepas tarawikh atau sebelum masuk fajar..anakku Mujahid mulalah mengunyah cornflakes yang dibuat kakaknya..hmmm...kami hanya melihat satu persatu dikunyahnya...nyum-nyum...nyum!!! Abahnya pula bertanya...tu kek coklat tu boleh dimakan ke tidak?...hah...!! Kerisauan mula melanda !!...alamat tak sampai raya lah gamaknye..!!Apa nak buat..memang Umi buat kuih untuk dimakan ,bukan untuk hiasan semata...ye tak??

Itulah sedikit coretan sebelum raya....

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN .....
BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DAN KAMI SEKELUARGA

PN HJH ANITA BT ALI (UMI)
IR HJ RADIN MOHD BADRUZ ZAMAN BIN RADIN MOHD HUSAINI
IR(J) NURUL'IZZAH BT RADIN MOHD BADRUZ ZAMAN
NUR HIDAYAH BT RADIN MOHD BADRUZ ZAMAN
RADIN AHMAD MUJAHID BIN RADIN MOHD BADRUZ ZAMAN
 

"Setiap Hari Adalah Pelajaran" Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template